Yakub meninggalkan Bersyeba dan pergi ke Haran. Sampailah dia di suatu tempat dan lantaran matahari sudah terbenam, bermalamlah dia di situ. Dia mengambil sebuah batu yang berada di situ untuk dijadikan bantal lalu berbaringlah dia di situ. Dia pun bermimpi bahawa dia ternampak sebuah tangga yang terdiri di bumi dengan bahagian puncaknya sampai ke langit. Para malaikat Allah turun naik di tangga itu. Tampak pula TUHAN berdiri di sisi Yakub dan berfirman, “Akulah TUHAN, Allah Abraham, datukmu, dan Allah Ishak. Tanah tempat kamu berbaring ini akan Kuberikan kepadamu dan kepada keturunanmu. Keturunanmu akan menjadi begitu ramai sebagaimana debu tanah, dan kamu akan berkembang ke barat, ke timur, ke utara, dan ke selatan. Melalui kamu dan melalui keturunanmu semua kaum bangsa di bumi akan memperoleh berkat. Sesungguhnya, Aku menyertai kamu dan akan menjaga kamu ke mana-mana pun kamu pergi. Aku akan membawa kamu kembali ke negeri ini, kerana Aku tidak akan meninggalkan kamu sampai Aku melaksanakan apa yang telah Kujanjikan kepadamu.”
Baca Kejadian 28
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kejadian 28:10-15
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video