“Daripada pihak-Ku, inilah perjanjian-Ku dengan kamu: Kamu akan menjadi bapa kepada beberapa banyak bangsa. Namamu bukan Abram lagi, kini namamu Abraham, kerana Aku akan menjadikan kamu bapa kepada beberapa banyak bangsa. Aku akan membuat kamu beranak cucu sangat banyak. Melalui kamu Aku akan menjadikan bangsa-bangsa, bahkan raja-raja akan muncul daripada keturunanmu. Aku akan mengesahkan perjanjian-Ku antara Aku dengan kamu serta keturunanmu kelak, turun-temurun, menjadi suatu perjanjian yang kekal, iaitu bahawa Aku akan menjadi Allah kepadamu dan kepada keturunanmu. Kepadamu dan kepada keturunanmu kelak akan Kuberikan negeri yang kini kamu tinggal sebagai pendatang, iaitu seluruh Tanah Kanaan yang akan menjadi milikmu yang kekal. Aku pun akan menjadi Allah mereka.”
Baca Kejadian 17
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kejadian 17:4-8
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video