Sabda malaikat TUHAN kepadanya, “Kembalilah kepada cik puanmu dan tunduklah di bawah kuasanya.” Sabda malaikat TUHAN pula kepadanya, “Aku akan membuat keturunanmu menjadi tersangat ramai hingga tidak terhitung banyaknya.” Selanjutnya malaikat TUHAN bersabda kepadanya, “Kamu sedang mengandung dan kamu akan melahirkan seorang anak lelaki. Namailah dia Ismael, kerana TUHAN telah mendengar jeritan kesusahanmu. Dia akan menjadi orang yang hidupnya seperti keldai liar. Tangannya akan melawan setiap orang, dan tangan setiap orang akan melawan dia. Dia akan hidup bertentangan dengan semua saudaranya.” Lalu Hagar menyebut nama TUHAN yang berfirman kepadanya itu “Engkaulah Allah Yang Melihat,” kerana katanya, “Sesungguhnya, aku nampak Dia yang melihat aku.” Itulah sebabnya perigi itu, yang letaknya di antara Kadesh dengan Bered, disebut Perigi Lahai-Roi. Maka Hagar melahirkan seorang anak lelaki bagi Abram yang menamai anaknya yang dilahirkan oleh Hagar itu Ismael. Dan Abram berumur 86 tahun pada waktu Hagar melahirkan Ismael.
Baca Kejadian 16
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kejadian 16:9-16
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video