Lihatlah betapa besarnya huruf-huruf yang kutulis kepadamu dengan tanganku sendiri! Mereka yang ingin menunjukkan diri baik secara lahiriah, merekalah yang ingin memaksa kamu bersunat, semata-mata untuk mengelakkan diri mereka dianiaya kerana salib Kristus. Orang yang bersunat itu pun tidak memegang hukum Taurat, tetapi mereka mahu kamu disunatkan supaya mereka dapat bermegah dengan keadaan lahiriahmu. Tetapi aku sekali-kali tidak mahu bermegah dengan apa pun kecuali salib Tuhan kita Yesus Kristus yang melalui-Nya dunia telah disalib kepadaku dan aku juga kepada dunia. Sebabnya sama ada bersunat ataupun tidak tiada ertinya; menjadi satu ciptaan baru, itulah yang penting. Bagi mereka yang hidup menurut hukum ini, sejahtera dan belas kasihan atas mereka, dan atas Israel Allah. Akhir kata, janganlah sesiapa menyusahkan aku, kerana pada tubuhku ada parut-parut Yesus. Saudara-saudara, semoga kasih kurnia Tuhan kita Yesus Kristus menyertai rohmu. Amin.
Baca Galatia 6
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Galatia 6:11-18
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video