Daripada Paulus, seorang rasul — bukan daripada manusia atau melalui manusia, tetapi melalui Yesus Kristus dan Allah Bapa, yang telah membangkitkan-Nya daripada kematian — dan daripada semua saudara yang bersamaku, Kepada semua jemaah di Galatia: Kasih kurnia dan damai sejahtera kepadamu daripada Allah Bapa dan daripada Tuhan Yesus Kristus yang telah menyerahkan diri-Nya untuk menebus dosa kita agar Dia melepaskan kita daripada zaman durjana ini, menurut kehendak Bapa kita Allah. Bagi-Nyalah kemuliaan selama-lamanya. Amin. Aku hairan bahawa kamu telah berpaling begitu cepat daripada Dia yang telah memanggilmu dalam kasih kurnia Kristus, kepada suatu injil lain — yang bukannya Injil. Tetapi ada orang yang mengacau kamu dan hendak memesongkan Injil Kristus. Tetapi jika kami atau malaikat dari syurga sekalipun kelak mengkhabarkan suatu injil yang lain daripada Injil yang telah kami khabarkan kepadamu, maka terlaknatlah orang itu! Sebagaimana aku sudah berkata dahulu, sekarang kukatakan lagi: Jika sesiapa mengkhabarkan Injil kepadamu lain daripada yang telah kamu terima, terlaknatlah orang itu!
Baca Galatia 1
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Galatia 1:1-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video