Setelah itu, Musa memimpin orang Israel mara dari Laut Merah, lalu mereka memasuki Gurun Syur. Selama tiga hari mereka berjalan di gurun itu tanpa mendapat air. Kemudian sampailah mereka di Mara, tetapi air di Mara tidak dapat diminum mereka kerana rasanya pahit. Itulah sebabnya tempat itu dinamai Mara. Maka bersungut-sungutlah umat itu kepada Musa. Kata mereka, “Apakah yang akan kami minum?” Musa berseru kepada TUHAN, lalu TUHAN menunjukkan kepadanya sebatang pokok kayu. Musa melemparkan kayu itu ke dalam air, lalu air itu menjadi manis. Di sanalah TUHAN memberikan ketetapan dan peraturan kepada mereka dan di sanalah Dia menguji mereka. Firman-Nya, “Jika kamu sungguh-sungguh mendengar suara TUHAN, Allahmu, melakukan apa yang benar di mata-Nya, memasang telinga kepada segala perintah-Nya, dan berpegang teguh pada segala ketetapan-Nya, maka Aku tidak akan mendatangkan atasmu penyakit yang telah Kubebankan ke atas warga Mesir, kerana Akulah TUHAN, yang menyembuhkan kamu.”
Baca Keluaran 15
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Keluaran 15:22-26
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video