Bukankah di Mesir telah kami katakan kepadamu, ‘Jangan ganggu kami, biarlah kami menghambakan diri kepada warga Mesir’? Lebih baik kami menjadi hamba kepada orang Mesir daripada mati di gurun ini.” Lalu kata Musa kepada bangsa itu, “Jangan takut. Tetaplah berdiri dan lihatlah penyelamatan daripada TUHAN yang akan diberikan-Nya kepadamu pada hari ini, kerana selepas ini, warga Mesir yang kamu lihat kini tidak akan kamu lihat lagi buat selama-lamanya. TUHAN akan berperang untuk kamu, dan kamu hanya perlu berdiam sahaja.”
Baca Keluaran 14
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Keluaran 14:12-14
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video