Maka pada hari ketiga, Ester mengenakan pakaian diraja lalu berdiri di laman dalam istana raja, tepat di hadapan istana raja. Raja sedang bersemayam di atas takhta kerajaan, di dalam istana, berhadapan dengan pintu gerbang istana. Apabila raja terlihat bahawa Ratu Ester berdiri di laman dalam, baginda perkenankannya lalu menghulurkan cokmar emas di tangannya kepada Ester. Ester pun mendekati lalu menyentuh hujung cokmar itu. Raja bertitah kepadanya, “Apakah kemahuanmu, Ratu Ester? Apa-apa pun permintaanmu, sekalipun kamu mahu sampai separuh daripada kerajaan pun akan diberikan kepadamu.” Jawab Ester, “Jika tuanku perkenankan, sudilah kiranya tuanku dan Haman datang pada hari ini ke jamuan yang hamba adakan untuk tuanku.” Maka raja memberikan perintah, “Suruhlah Haman bergegas ke mari supaya kami dapat memenuhi permintaan Ester.” Maka datanglah raja dan Haman ke jamuan yang diadakan oleh Ester.
Baca Ester 5
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Ester 5:1-5
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video