Jangan tertipu dengan kata-kata kosong, kerana itulah sebabnya kemurkaan Allah menimpa anak-anak derhaka. Oleh itu, janganlah kamu sepakat dengan mereka. Kerana dahulu kamu gelap tetapi sekarang sudah menjadi cahaya dalam Tuhan. Hiduplah sebagai anak-anak cahaya (kerana yang dihasilkan oleh cahaya terdapat dalam segala yang baik, wajar dan benar), maka kajilah apa yang diredai oleh Tuhan. Jangan bersubahat dengan perbuatan gelap yang tidak berfaedah, sebaliknya dedahkan perbuatan itu. Sebabnya perkara-perkara yang dilakukan oleh mereka secara rahsia itu, jika disebut pun adalah memalukan. Tetapi segala yang didedahkan itu dinyatakan oleh cahaya, kerana yang menyatakan adalah cahaya. Oleh itu, firman Tuhan: “Bangunlah, hai kamu yang tidur, bangkit daripada kematian, dan Kristus akan memberimu cahaya.” Hiduplah dengan hati-hati — bukan seperti orang tidak arif tetapi sebagai orang bijaksana, dan pergunakanlah setiap peluang dengan sebaiknya kerana ini zaman durjana. Dengan demikian, janganlah bodoh, tetapi mengertilah kehendak Tuhan. Dan janganlah mabuk air anggur, yang berupa maksiat. Sebaliknya, penuhi diri dengan Roh. Berkata-katalah sesama sendiri dengan mazmur, lagu pujian serta nyanyian rohani, menyanyi dan berlagu untuk Tuhan dalam hatimu. Sentiasalah bersyukur atas segala-galanya kepada Allah Bapa dengan nama Tuhan kita Yesus Kristus.
Baca Efesus 5
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Efesus 5:6-20
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video