Oleh itu aku, yang terpenjara kerana Tuhan, merayu agar kamu, sebagai orang yang telah dipanggil, hiduplah berpadanan dengan panggilan itu. Kamu haruslah selalu rendah hati dan lemah lembut; sabar, bertolak ansur satu sama lain dalam kasih, dan berusaha memelihara perpaduan dalam Roh dengan ikatan sejahtera. Kamu hendaklah satu tubuh dan satu Roh — sebagaimana kamu telah dipanggil dengan satu harapan panggilan itu — satu Tuhan, satu iman, satu baptisan
Baca Efesus 4
Kongsi
Oleh itu, janganlah lagi berdusta. Hendaklah setiap orang daripada kamu bercakap benar sesama manusia kerana kita adalah sesama anggota. “Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa.” Jangan kekalkan kemarahanmu hingga matahari terbenam, dan jangan beri tempat kepada iblis. Orang yang mencuri hendaklah berhenti mencuri dan mula bekerja, membuat sesuatu yang baik dengan tangannya, supaya dapat memberi kepada orang yang kekurangan. Janganlah biarkan kata-kata yang kesat keluar dari mulutmu, tetapi lafazkanlah teguran baik yang membina, mengikut keperluannya, supaya membawa berkat kepada yang mendengar. Dan janganlah kamu menyedihkan Roh Kudus Allah yang telah mematerai kamu bagi hari penebusan. Singkirkanlah segala kepahitan, keberangan dan kemarahan, pergaduhan dan umpatan, bersama segala niat jahat.
Bandingkan Semua Versi: Efesus 4:1-5, 25-31
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video