kerana kamu umat yang suci bagi TUHAN, Allahmu. Kamu telah dipilih oleh TUHAN, Allahmu, untuk menjadi umat kesayangan-Nya daripada semua bangsa yang ada di muka bumi. TUHAN terpaut kepadamu dan memilih kamu bukan kerana jumlahmu lebih besar daripada segala bangsa — sesungguhnya kamulah bangsa yang terkecil — melainkan kerana TUHAN mengasihi kamu dan berpegang teguh pada sumpah yang diikrarkan-Nya kepada nenek moyangmu. Itulah sebabnya TUHAN membawa kamu keluar dengan tangan yang kuat dan membebaskan kamu daripada tempat perhambaan, daripada tangan Firaun, raja Mesir. Oleh sebab itu ketahuilah bahawa TUHAN, Allahmu, Dia Allah, Allah yang setia, yang berpegang teguh pada perjanjian, dan menunjukkan rahmat-Nya terhadap orang yang mengasihi-Nya serta yang berpegang teguh pada perintah-perintah-Nya, sampai beribu-ribu keturunan.
Baca Ulangan 7
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Ulangan 7:6-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video