“Berikanlah perhatian, wahai langit, aku hendak berkata-kata. Dengarlah, wahai bumi, ucapan mulutku. Semoga pengajaranku menitik seperti hujan dan perkataanku menitis ke atas rumput muda, bagai hujan lebat ke atas tumbuh-tumbuhan. Aku hendak memasyhurkan nama TUHAN. Nyatakanlah keagungan Allah kita! Dialah Batu Pejal yang sempurna pekerjaan-Nya kerana adil segala jalan-Nya. Allah yang setia, tanpa kecurangan. Dia adil dan benar. Mereka berbuat kekejian terhadap Dia. Oleh sebab noda mereka, mereka bukan lagi anak-anak-Nya, suatu keturunan yang khianat dan rosak fikiran. Begitukah balasanmu terhadap TUHAN, wahai bangsa yang bodoh dan tidak peka? Bukankah Dia Bapamu yang menebus kamu, yang menjadikan dan mengukuhkan kamu? Ingatlah zaman dahulu, pertimbangkanlah tahun-tahun angkatan yang lalu. Tanyalah kepada ayahmu, maka dia akan menunjukkan kepadamu; kepada para tua-tuamu, maka mereka akan memberitahu kamu. Ketika Yang Maha Tinggi membahagi-bahagikan harta pusaka kepada bangsa-bangsa, ketika Dia memisah-misahkan anak manusia, Dia menetapkan daerah bangsa-bangsa menurut jumlah orang Israel. Tetapi bahagian TUHAN ialah umat-Nya, Yakub ialah bahagian harta pusaka-Nya. Didapati-Nya Yakub di daerah gurun, di gurun yang gersang, tempat binatang mengaum. Dikelilingi-Nya dia, diperhatikan-Nya, dan dijaga-Nya seperti apa yang disayangi-Nya. Bagai rajawali menggoncang-goncangkan sarangnya, melayang-layang di atas anak-anaknya, mengembangkan sayapnya, mengambil mereka, dan membawa mereka di atas sayapnya, demikianlah TUHAN sendiri menuntun dia dan tidak ada tuhan asing menyertai dia.
Baca Ulangan 32
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Ulangan 32:1-12
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video