Saul, yang terus-menerus mengancam hendak membunuh murid-murid Tuhan Yesus, pergi mendapatkan imam besar dan meminta surat untuk ditunjukkan kepada saumaah di Damsyik, supaya sekiranya dia menjumpai sesiapa yang mengikut Jalan Tuhan, baik lelaki mahupun perempuan, dia boleh memberkas dan membawa mereka ke Yerusalem. Dalam perjalanannya, apabila dia hampir sampai di Damsyik, tiba-tiba suatu cahaya dari langit bersinar mengelilinginya. Dia rebah ke bumi lalu mendengar suara berkata, “Saul, Saul, mengapa engkau menganiaya Aku?” Saul bertanya, “Siapakah Engkau, Tuan?” Jawab-Nya, “Akulah Yesus yang kauaniaya. Bangkitlah, masuklah ke kota. Di sana engkau akan diberitahu apa yang harus kaubuat.” Orang seperjalanan Saul terpegun kerana mendengar suara itu tanpa melihat sesiapa pun. Saul bangkit sambil membuka mata tetapi tidak dapat melihat suatu apa. Oleh yang demikian, mereka memegang tangannya dan memimpinnya masuk ke Damsyik. Selama tiga hari dia tidak dapat melihat dan tidak makan atau minum.
Baca Kisah Para Rasul 9
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kisah Para Rasul 9:1-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video