Petrus yang dipenuhi Roh Kudus berkata kepada mereka, “Para pemimpin masyarakat Israel! Sekiranya hari ini kami dihakimi atas perbuatan baik kepada seorang yang lumpuh, sehingga dia dipulihkan, maka ketahuilah kamu sekalian dan seluruh bangsa Israel, bahawa dengan nama Yesus Kristus dari Nazaret, yang telah kamu salib dan telah dibangkitkan Allah daripada kematian, dengan nama Dialah orang ini berdiri di sini di hadapanmu dalam keadaan sihat sempurna. Inilah ‘batu yang kamu buang sebagai pembina, kini telah menjadi batu penjuru.’ Tiadalah penyelamatan melalui sesiapa yang lain, kerana tiada nama lain di bawah langit ini diberikan dalam kalangan manusia, yang dapat menyelamatkan kita.”
Baca Kisah Para Rasul 4
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kisah Para Rasul 4:8-12
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video