Setelah itu, Agripa berkata kepada Paulus, “Sekarang kamu diberi izin untuk membela dirimu.” Paulus pun memberikan isyarat dengan tangannya lalu membela dirinya demikian, “Tuanku Raja Agripa, aku berasa bahagia kerana dapat menjawab tuduhan orang Yahudi ke atasku di hadapan kamu pada hari ini; lebih-lebih lagi kerana kamu memahami adat dan perselisihan yang berlaku dalam kalangan orang Yahudi. Oleh itu, aku memohon kamu mendengarku dengan sabar. Semua orang Yahudi telah maklum tentang cara hidupku dari muda lagi, ketika di negeriku dan kemudiannya di Yerusalem. Dari mulanya mereka telah mengenaliku, kalaulah mereka mahu bersaksi. Mereka tahu bahawa aku menurut ajaran yang paling keras dalam agama kami kerana aku hidup sebagai orang Farisi. Sekarang pun aku berdiri di sini dan didakwa kerana aku berharap akan janji Allah kepada nenek moyang kami.
Baca Kisah Para Rasul 26
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kisah Para Rasul 26:1-6
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video