Setelah perkara itu banyak dibincangkan, Petrus berdiri lalu berkata, “Saudara-saudara semuanya tahu bahawa Allah telah memilihku sejak dahulukala daripada kalangan kita semua untuk menyampaikan firman-Nya tentang perkhabaran Injil kepada bangsa asing, lalu mereka percaya. Allah yang mengetahui hati manusia telah bersaksi akan mereka itu dengan memberi mereka Roh Kudus sebagaimana diberi-Nya kepada kita. Allah tidak membezakan mereka dengan kita sedikit pun. Dia menyucikan hati mereka kerana iman mereka. Sekarang ini mengapa saudara-saudara menduga Allah dengan meletakkan pada leher murid-murid suatu beban yang tidak dapat ditanggung oleh nenek moyang kita, malah oleh kita ini juga? Kami percaya hanya dengan kasih kurnia Tuhan Yesus dapat kita berharap untuk diselamatkan, samalah seperti orang bangsa asing itu.”
Baca Kisah Para Rasul 15
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kisah Para Rasul 15:7-11
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video