Setelah itu, beberapa orang Yahudi dari Antiokhia dan Ikonium mempengaruhi orang ramai sehingga berpihak kepada mereka. Mereka merejam Paulus, kemudian menyeretnya ke luar kota, dengan sangkaan dia sudah mati. Akan tetapi, apabila murid Yesus mengelilinginya, dia bangun lalu masuk semula ke dalam kota. Esoknya dia keluar pergi ke Derbe bersama Barnabas. Setelah mengkhabarkan berita baik kepada semua penduduk dan membawa beberapa orang menjadi murid Yesus, kedua-duanya kembali ke Listra, ke Ikonium dan Antiokhia. Di sana mereka menguatkan hati para murid Yesus dan mengingatkan mereka supaya berpegang teguh pada kepercayaan mereka, katanya, “Memang tidak dapat dielakkan bahawa kita masuk ke dalam kerajaan Allah dengan menanggung banyak kesusahan.”
Baca Kisah Para Rasul 14
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kisah Para Rasul 14:19-22
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video