Kemudian raja dan orangnya pergi ke Yerusalem mendatangi orang Yebus, penduduk negeri itu. Orang Yebus berkata kepada Daud, “Engkau tidak mungkin masuk ke sini. Bahkan orang buta dan orang tempang dapat mengusirmu.” Fikir mereka, “Daud tidak dapat masuk ke sini.” Akan tetapi, Daud merebut kubu pertahanan Sion, iaitu Kota Daud. Pada hari itu berkatalah Daud, “Sesiapa hendak menewaskan orang Yebus biarlah dia naik melalui saluran air untuk menyerang orang tempang dan orang buta yang membenci Daud itu.” Itulah sebabnya orang berkata, “Orang buta dan orang tempang tidak boleh masuk ke dalam istana.” Kemudian Daud tinggal di kubu pertahanan itu dan menamakannya Kota Daud. Kota itu dibinanya di sekeliling kubu itu, bermula dari Milo ke arah dalam.
Baca 2 Samuel 5
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 2 Samuel 5:6-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video