Daud mengucapkan perkataan nyanyian ini kepada TUHAN ketika TUHAN menyelamatkannya daripada cengkaman semua musuhnya dan daripada tangan Saul. Dia berkata, “TUHAN ialah batu pejalku, kubuku, dan penyelamatku. Allahku batu pejalku, kepada-Nya aku berlindung. Dialah perisaiku, tanduk penyelamatanku, benteng pertahananku, dan penyelamatku. Engkau menyelamatkan aku daripada keganasan. Aku berseru kepada TUHAN yang patut dipuji, maka aku pun diselamatkan daripada musuhku. Sesungguhnya, gelora badai maut mengepungku, curahan banjir kebinasaan mengerikanku, seksa alam kubur melilit aku, rahang jerat maut mendesak aku. Maka dalam kesesakanku aku berseru kepada TUHAN, aku meraung kepada Allahku, dan Dia mendengar suaraku dari Bait Suci-Nya, raunganku sampai kepada pendengaran-Nya.
Baca 2 Samuel 22
Kongsi
Daripada ketinggian Dia menjangkau dan mengambil aku, Dia menarik aku keluar daripada limpahan air. Dia menyelamatkan aku daripada musuhku yang gagah dan daripada kalangan yang membenci aku, kerana mereka terlalu kuat bagiku. Mereka bersemuka dengan aku pada hari bencanaku, tetapi TUHAN jualah sandaranku. Dia membawa aku keluar, ke tempat yang lapang, Dia menyelamatkan aku kerana Dia berkenan padaku.
Bandingkan Semua Versi: 2 Samuel 22:1-7, 17-20
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video