TUHAN berfirman kepada Manasye dan kepada rakyatnya, tetapi mereka tidak mahu mendengar. Oleh sebab itu TUHAN mendatangkan kepada mereka panglima-panglima tentera raja Asyur, yang menangkap Manasye dengan pelbagai cangkuk dan membelenggunya dengan rantai gangsa, dan membawanya ke Babel. Dalam kesesakannya dia memohon belas kasihan TUHAN, Allahnya. Dia sangat merendahkan diri di hadapan Allah nenek moyangnya dan berdoa kepada-Nya. Lalu Allah mengabulkan doanya dan mendengar permohonannya. Allah membawanya kembali ke Yerusalem, kepada kerajaannya. Maka tahulah Manasye bahawa TUHAN sememangnya Allah. Setelah itu, dia membangunkan tembok luar Kota Daud di sebelah barat Gihon, di lembah, sampai jalan masuk Pintu Gerbang Ikan, mengelilingi Ofel. Tembok itu dibuatnya tinggi sekali, lalu ditempatkannya para panglima pasukan di semua kota berkubu di Yehuda. Dia menyingkirkan tuhan-tuhan bangsa asing, berhala dari dalam Bait TUHAN, dan semua mazbah yang dibinanya di atas gunung tempat Bait TUHAN serta di Yerusalem, lalu membuang semua itu ke luar kota. Dia mendirikan kembali mazbah bagi TUHAN dan dipersembahkannya di atasnya korban kedamaian serta korban syukur. Kemudian dia memerintahkan orang Yehuda untuk beribadat kepada TUHAN, Allah Israel.
Baca 2 Tawarikh 33
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 2 Tawarikh 33:10-16
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video