untuk raja-raja dan semua yang memegang kuasa, supaya kita hidup aman tenteram, salih dan penuh hormat. Inilah yang baik dan diredai oleh Allah Penyelamat kita yang berkehendakkan semua manusia diselamatkan dan mengetahui apa yang benar. Hanya ada satu Allah dan hanya ada satu pengantara antara Allah dengan manusia iaitu seorang insan Kristus Yesus. Dia telah menyerahkan diri-Nya untuk menebus dosa seluruh umat manusia, dan hal ini akan dipersaksikan pada masanya. Itulah sebabnya aku dijadikan pemberita Injil dan rasul — aku berkata benar, aku tidak berdusta — dan sebagai pengajar kepada bangsa asing dalam iman dan kebenaran. Oleh itu, aku menyeru kaum lelaki di mana-mana sahaja supaya berdoa serta menadahkan tangan yang suci, tanpa kemarahan atau perselisihan. Aku juga menyeru kaum perempuan supaya berpakaian serta menghias diri dengan sopan santun dan sederhana. Jangan berhias dengan jalinan rambut yang berlebihan atau dengan emas ataupun mutiara mahupun pakaian yang mahal-mahal. Hiasi diri dengan perbuatan baik, yang sepatutnya bagi perempuan yang mengaku kesolehannya.
Baca 1 Timotius 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 Timotius 2:2-10
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video