Apabila Saul pulang sesudah memburu orang Filistin itu, dia diberitahu, “Ketahuilah, Daud ada di Gurun En-Gedi.” Lalu Saul mengambil tiga ribu orang yang terpilih daripada seluruh orang Israel, untuk pergi memburu Daud dan pasukannya di batu pejal Kambing Hutan. Sesampainya di kandang-kandang domba di tepi jalan itu, ada gua dan Saul masuk ke dalamnya untuk membuang air, tetapi Daud dan pasukannya sedang berada di bahagian belakang gua itu. Lalu orang Daud berkata kepadanya, “Inilah hari yang difirmankan TUHAN kepada tuan, ‘Sesungguhnya, Aku akan menyerahkan musuhmu ke dalam tanganmu. Lakukanlah terhadap dia menurut apa yang kaupandang baik.’ ” Daud pun mendekat lalu memotong bucu jubah Saul secara diam-diam.
Baca 1 Samuel 24
Kongsi
Siapakah sesungguhnya yang dikejar raja Israel? Siapakah sesungguhnya yang tuanku buru? Hanya anjing mati! Seekor hama sahaja! Oleh sebab itu semoga TUHAN menjadi hakim dan memutuskan perkara antara hamba dengan tuanku. Semoga Dia menyaksikan, membela perkara hamba, dan membebaskan hamba daripada tangan tuanku.” Setelah selesai Daud menyampaikan hujah itu kepada Saul, berkatalah Saul, “Adakah itu suaramu, anakku Daud?” Kemudian Saul pun menangis dengan suara nyaring. Katanya kepada Daud, “Engkau lebih benar daripada aku, kerana engkau telah berbuat baik terhadap aku, padahal aku berbuat jahat terhadap engkau. Pada hari ini telah kaunyatakan bagaimana engkau berbuat baik terhadap aku. Walaupun TUHAN menyerahkan aku ke dalam tanganmu, engkau tidak membunuh aku.
Bandingkan Semua Versi: 1 Samuel 24:1-4, 14-18
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video