Apabila Saul pulang sesudah memburu orang Filistin itu, dia diberitahu, “Ketahuilah, Daud ada di Gurun En-Gedi.” Lalu Saul mengambil tiga ribu orang yang terpilih daripada seluruh orang Israel, untuk pergi memburu Daud dan pasukannya di batu pejal Kambing Hutan. Sesampainya di kandang-kandang domba di tepi jalan itu, ada gua dan Saul masuk ke dalamnya untuk membuang air, tetapi Daud dan pasukannya sedang berada di bahagian belakang gua itu. Lalu orang Daud berkata kepadanya, “Inilah hari yang difirmankan TUHAN kepada tuan, ‘Sesungguhnya, Aku akan menyerahkan musuhmu ke dalam tanganmu. Lakukanlah terhadap dia menurut apa yang kaupandang baik.’ ” Daud pun mendekat lalu memotong bucu jubah Saul secara diam-diam. Kemudian berdebar-debarlah hati Daud, kerana dia telah memotong bucu jubah Saul. Lalu berkatalah dia kepada anak buahnya, “TUHAN melarang aku melakukan hal sebegitu terhadap tuanku, orang yang dilantik TUHAN, atau mencederakan dia, kerana dia dilantik TUHAN.” Dengan kata-kata itu Daud menahan anak buahnya dan tidak mengizinkan mereka untuk menyerang Saul. Sementara itu Saul bergegas meninggalkan gua untuk melanjutkan perjalanannya. Kemudian bergegaslah Daud keluar dari dalam gua dan berseru dari belakang Saul, katanya, “Tuanku Raja!” Ketika Saul menengok ke belakang, Daud membongkok dan sujud memberi hormat. Lalu berkatalah Daud kepada Saul, “Mengapakah tuanku mendengar kata-kata kalangan yang mengatakan, ‘Ketahuilah, Daud berikhtiar mencederakan tuanku’?” Kata Daud kepada Saul, “Sesungguhnya, pada hari ini mata tuanku sendiri melihat, bahawa TUHAN sudah menyerahkan tuanku ke dalam tangan hamba di dalam gua itu; ada orang yang mendesak hamba untuk membunuh tuanku, tetapi hamba berasa sayang kepada tuanku kerana fikir hamba: ‘Aku tidak akan menjamah tuanku itu, kerana dialah orang yang diurapi dan dilantik TUHAN.’
Baca 1 Samuel 24
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 Samuel 24:1-10
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video