Suatu waktu, Elia, orang Tisbe dari Tisbe-Gilead, berkata kepada Ahab, “Demi TUHAN yang hidup, Allah Israel, yang kepada-Nya aku mengabdikan diri, sesungguhnya tidak akan turun embun atau hujan pada tahun-tahun ini kecuali jika mulutku mengatakannya.” Lalu datanglah firman TUHAN kepadanya demikian, “Pergilah dari sini ke arah timur dan bersembunyilah di tepi Sungai Kerit, di sebelah timur Sungai Yordan. Engkau dapat minum dari sungai itu, dan burung-burung gagak telah Kuperintahkan untuk menyediakan makananmu di sana.” Maka pergilah dia dan bertindak selaras dengan firman TUHAN. Dia tinggal di tepi Sungai Kerit, di sebelah timur Sungai Yordan. Burung-burung gagak membawakannya roti dan daging pada pagi dan juga petang hari, dan dia minum air dari sungai itu. Setelah berlalunya beberapa waktu, keringlah sungai itu kerana hujan tidak turun-turun di negeri itu. Lalu datanglah firman TUHAN kepadanya demikian, “Pergilah segera ke Sarfat, wilayah Sidon, dan tinggallah di sana. Ketahuilah, Aku telah memerintahkan seorang balu untuk menyediakan makananmu di sana.”
Baca 1 Raja-Raja 17
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 Raja-Raja 17:1-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video