Ahab anak Omri menaiki takhta atas Israel pada tahun ketiga puluh lapan zaman pemerintahan Asa, raja Yehuda. Ahab anak Omri bertakhta atas Israel di Samaria selama dua puluh dua tahun, dan Ahab anak Omri melakukan apa yang jahat di mata TUHAN, lebih daripada semua orang yang mendahuluinya. Seolah-olah kehidupannya dalam dosa-dosa Yerobeam anak Nebat itu perkara yang ringan sahaja, dia juga memperisteri Izebel, anak Etbaal, raja Sidon, lalu pergi beribadat kepada Baal dan sujud menyembahnya. Dia mendirikan mazbah bagi Baal di kuil Baal yang dibinanya di Samaria. Kemudian Ahab membuat patung Asyera bahkan banyak hal yang lain sehingga dia membangkitkan murka TUHAN, Allah Israel, lebih daripada semua Raja Israel yang pernah ada sebelum dirinya.
Baca 1 Raja-Raja 16
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 Raja-Raja 16:29-33
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video