Jika kita percaya akan kesaksian manusia, maka kesaksian Allah lebih kuat lagi kerana inilah kesaksian yang diberikan Allah tentang Anak-Nya. Oleh yang demikian, sesiapa yang percaya kepada Anak Allah menyimpan kesaksian itu dalam dirinya. Sebaliknya, sesiapa yang tidak percaya kepada Allah, maka dia menuduh Allah itu pendusta kerana dia tidak percaya akan kesaksian-Nya tentang Anak-Nya. Kesaksian itu ialah: Allah memberi kita hidup yang kekal dan hidup ini ada di dalam Anak-Nya. Sesiapa yang memperoleh Anak itu, memperoleh hidup itu. Dan sesiapa yang tidak memperoleh Anak Allah, tidak memperoleh hidup itu. Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada nama Anak Allah agar kamu mengetahui bahawa kamu memperoleh hidup yang kekal. Kita dapat menghadap Allah dengan keyakinan bahawa Dia mengabulkan segala doa kita yang selaras dengan kehendak-Nya. Kita tahu bahawa Dia sentiasa mendengar permohonan kita ke hadirat-Nya. Kita tahu juga bahawa Dia mengurniakan apa yang kita minta daripada-Nya.
Baca 1 Yohanes 5
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 Yohanes 5:9-15
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video