Aku telah menyampaikan kepadamu hal-hal utama, yang telah kuterima sendiri: Bahawa Kristus telah mati untuk menebus dosa kita, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci; bahawa Dia telah dikuburkan, dan telah dibangkitkan pada hari yang ketiga, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci
Baca 1 Korintus 15
Kongsi
Setelah kami khabarkan kepadamu tentang Kristus yang dibangkitkan daripada kematian, mengapakah ada dalam kalanganmu yang berkata bahawa tiada kebangkitan selepas mati? Jika tiada kebangkitan selepas mati, maka Kristus juga tidak dibangkitkan. Jika Kristus tidak dibangkitkan, maka sia-sialah perkhabaran kami dan sia-sialah imanmu. Kami juga ternyata sebagai saksi dusta kepada Allah, kerana kami telah membuat kesaksian bahawa Allah telah membangkitkan Kristus, sedangkan Allah tidak membangkitkan-Nya, kalaulah benar tiada kebangkitan selepas mati; kerana jika tiada kebangkitan selepas mati, maka Kristus tidaklah dibangkitkan. Dan jika Kristus tidak dibangkitkan, sia-sialah imanmu; dan kamu masih bergelumang dosa! Orang yang mati dalam Kristus juga tetap binasa. Sekiranya dalam hidup ini sahaja kita mempunyai harapan dalam Kristus, kitalah yang paling malang antara manusia! Tetapi Kristus memang telah dibangkitkan daripada kematian. Dialah yang pertama daripada kalangan orang yang telah mati. Oleh sebab satu orang, kematian berlaku; dan oleh sebab satu orang juga, kebangkitan orang mati berlaku; kerana sebagaimana dalam Adam semua manusia mati, demikian juga dalam Kristus semua manusia akan dihidupkan semula
Bandingkan Semua Versi: 1 Korintus 15:3-4, 12-22
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video