¶ Maka Isa pun bŭrjalanlah deri sana, lalu iya mŭlihat sa’orang orang yang bŭrnama Mathius, dudok ditŭmpat orang mŭmŭgang chukie, maka kata Isa padanya, Ikotlah akan daku; maka bangunlah iya lalu mŭngikot dia. ¶ Skali pŭrstua tŭtkala Isa dudok makan dalam sa’buah rumah, maka sasungguhnya banyak orang mŭmŭgang chukie dan orang bŭrdosa pun datanglah dudok makan sa’hidangan dŭngan Isa sŭrta murid muridnya. Maka apabila dilihat ulih orang Farisia akan hal itu, bŭrkatalah marika itu kapada murid muridnya, Apa sŭbabnya Guru kamu makan bŭrsama sama dŭngan orang orang mŭmŭgang chukie dan orang bŭrdosa? Maka dŭmi didŭngar ulih Isa, lalu katanya kapada marika itu, Tiadalah bŭrguna Tabib kapada orang yang sehat, mŭlainkan kapada orang yang sakit. Sŭbab itu, pŭrgilah kamu pŭlajari artinya pŭrkataan itu, Aku mahu bŭrkasih kasihan tŭrlebih deripada mŭmbri korban: kŭrna bukannya aku datang mŭnjŭmput orang yang bŭnar, mŭlainkan orang yang bŭrdosa itu supaya taubat.
Baca Injil Mathius 9
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Injil Mathius 9:9-13
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video