BŬRMULA maka masoklah Isa kadalam sa’buah pŭrahu, maka mŭnyŭbranglah iya lalu sampie kanŭgrinya.
Maka hieran, dibawa oranglah kapadanya sa’orang tepok yang tŭrhantar diatas katilnya; maka apabila dilihat Isa iman marika itu, lalu katanya kapada orang yang tepok itu, Pŭrtŭtapkanlah hatimu, hie anakku, bahwa sagala dosamu tŭlah diampuni.
Maka hieran, adalah deripada khatib khatib yang bŭrkata dalam hatinya, Bahwa iya ini mŭnghujat akan nama Allah.
Maka dikŭtahuilah ulih Isa akan sagala fikiran marika itu, lalu katanya, Apa sŭbab kamu bŭrfikir jahat dalam hatimu?
Untah apakah yang tŭrlebih mudah aku bŭrkata, Baik sagala dosamu tŭlah diampunikah, atau baik bangunlah angkau lalu bŭrjalankah?
Tŭtapi kŭtahuilah ulihmu, bahwa anak manusia itu bŭrkwasa iya diatas bumi ini akan mŭngampuni sagala dosa; maka pada tŭtkala itu, bŭrkatalah iya kapada orang tepok itu, Bangunlah angkau, angkat katilmu itu, pulanglah karumahmu.
Maka bangunlah iya lalu pulanglah karumahnya.
Maka apabila dilihat ulih sagala orang akan hal itu, maka hieranlah iya, sŭrta mŭmuliakan Allah yang tŭlah mŭngurniakan kwasa yang sa’bŭsar itu kapada manusia.
¶ Maka Isa pun bŭrjalanlah deri sana, lalu iya mŭlihat sa’orang orang yang bŭrnama Mathius, dudok ditŭmpat orang mŭmŭgang chukie, maka kata Isa padanya, Ikotlah akan daku; maka bangunlah iya lalu mŭngikot dia.
¶ Skali pŭrstua tŭtkala Isa dudok makan dalam sa’buah rumah, maka sasungguhnya banyak orang mŭmŭgang chukie dan orang bŭrdosa pun datanglah dudok makan sa’hidangan dŭngan Isa sŭrta murid muridnya.
Maka apabila dilihat ulih orang Farisia akan hal itu, bŭrkatalah marika itu kapada murid muridnya, Apa sŭbabnya Guru kamu makan bŭrsama sama dŭngan orang orang mŭmŭgang chukie dan orang bŭrdosa?
Maka dŭmi didŭngar ulih Isa, lalu katanya kapada marika itu, Tiadalah bŭrguna Tabib kapada orang yang sehat, mŭlainkan kapada orang yang sakit.
Sŭbab itu, pŭrgilah kamu pŭlajari artinya pŭrkataan itu, Aku mahu bŭrkasih kasihan tŭrlebih deripada mŭmbri korban: kŭrna bukannya aku datang mŭnjŭmput orang yang bŭnar, mŭlainkan orang yang bŭrdosa itu supaya taubat.
¶ Maka tŭtkala itu datanglah murid murid Yahya kapadanya sŭrta bŭrkata, Apa sŭbabnya kami dan orang Farisia puasa bŭbrapa kali, tŭtapi murid muridmu tiada puasa?
Maka kata Isa pada marika itu, Bagimanakah bulih sahabat sahabat mŭmpŭlie itu duka chita slagi mŭmpŭlie itu ada bŭrsama sama dŭngan marika itu? Tŭtapi ada kŭlak harinya akan datang, apabila mŭmpŭlie itu akan dilalukan deripadanya, maka pada tŭtkala itulah marika itu akan bŭrpuasa.
Sa’orang pun tiada pŭrnah mŭnampalkan sa’kŭping kain bahru pada kain yang lama, kŭrna kŭping tampalan itu mŭnchŭbiskan baju itu, maka koyaknya itu pun mŭnjadi tŭrlebih bŭsar pula.
Lagi sa’orang pun tiada pŭrnah mŭnaroh ayer anggor bahru kadalam kulit yang lama, mŭlainkan dapat tiada pŭchahlah kulit itu, dan ayer anggor itu pun tumpahlah habis, dan kulit itu pun binasalah: tŭtapi adalah adat orang mŭnaroh ayer anggor yang bahru itu kadalam kulit kulit yang bahru, supaya kaduanya itu pun tŭrpliharalah.