¶ Maka Isa pun bŭrdirilah mŭngadap Raja; bŭrtanyalah Raja itu padanya, Angkaukah Raja orang Yahudi? Maka jawab Isa, Spŭrti angkau kata.
Maka apabila iya sudah ditudoh ulih imam imam yang bŭsar, dan orang tua tua itu, maka suatu pun tiada disahutnya.
Tŭtkala itu bŭrkatalah Pilatus padanya, Tiadakah angkau mŭnŭngar bŭbrapa pŭrkara marika itu bŭrsaksi mŭlawan dikau?
Tŭtapi sa’patah pun tiada disahutnya akan dia, sampie hieranlah Raja itu sangat.
¶ Adapun pada hari raya itu Raja handak mŭlŭpaskan sa’orang rayat yang tŭrbŭlunggu bagie kaum itu, yang mana dikahandaki ulih marika itu.
Maka tŭtkala itu adalah sa’orang tŭrbŭlunggu yang tŭrmashor jahatnya, namanya Bŭraba.
Shahadan sŭtlah bŭrhimpunlah marika itu skalian, maka bŭrkatalah Pilatus pada marika itu, Siapakah yang kamu kahandaki kulŭpaskan, Bŭrabakah, atau Isa yang tŭrsŭbut Almasihkah?
Kŭrna Raja tŭlah mŭngtahui, bahwa marika itu mŭnyŭrahkan Isa itu dŭngan dŭngkinya.
¶ Tŭtkala Raja dudok diatas tŭmpat bicharanya itu, maka disuroh ulih istrinya akan orang datang kapadanya, mŭngatakan, Janganlah angkau buat barang sasuatu akan orang yang bŭnar itu, kŭrna pada hari ini aku tŭlah bŭrmimpi dŭngan mŭrasai bŭbrapa susah deri sŭbabnya.
Adapun imam imam yang bŭsar itu, sŭrta orang tua tua pun mŭmbujok akan sagala kaum, supaya iya skalian minta lŭpaskan Bŭraba, dan biarlah Isa dibinasakan.
Maka kata Raja kapada marika itu, Dalam antara kadua orang ini, siapakah yang kamu kahandaki aku lŭpaskan? Maka bŭrkatalah marika itu, Bŭraba.
Kata Pilatus pada marika itu, Kalau dŭmkian, apakah kŭlak kupŭrbuat akan Isa yang tŭrsŭbut Almasih itu? Maka bŭrkatalah skalian marika itu, Biarlah iya disalebkan.
Maka jawab Raja, Apakah salah yang dipŭrbuatnya? Maka makinlah bŭrtriak marika itu, katanya, Biarlah iya disalebkan.
Maka apabila dilihat ulih Pilatus, bahwa tiadalah bŭrguna lagi pŭrkataannya, mŭlainkan makinlah lebih jadi gŭmpar, maka diambilnyalah ayer, lalu dibasohnya kadua bŭlah tangannya dihadapan kaum itu, katanya, Aku tŭlah suchilah deri pada dosa mŭnumpahkan darah orang yang bŭnar ini, tanggonglah ulihmu.
Maka mŭnyahutlah skalian orang itu, sŭrta bŭrkata, Biarlah darahnya itu tŭrtanggong ka’atas kami, dan atas anak anak chuchu kami.
Maka tŭtkala itu dilŭpaskannya Bŭraba, tŭtapi Isa dipalunya dŭngan jari ampi, sŭrta disŭrahkannya supaya disalebkan.
Tŭtkala itu maka diambillah ulih sagala lashkar Raja akan Isa, maka dibawanyalah bŭrsama sama kabalierong, maka bŭrkamponglah sagala pasukan lashkar itu kapadanya.
Lalu ditanggalkannya pakieannya, maka dipakiekannya suatu baju yang ungu warnanya.
Maka dianyamkannya pula suatu mahakota deripada duri, dipakiekannya ka’atas kapalanya, sŭrta dibrinya sa’batang buloh katangan kanannya, maka bŭrtŭlotlah marika itu dihadapannya, diolok olokkannya akan dia, katanya, Slamatlah hie Raja orang Yahudi.
Maka diludahinya akan dia, sŭrta diambilnya tongkat itu dipukolkannya kakŭpalanya.
Maka apabila sudahlah marika itu mŭngolok olokkan dia, maka ditanggalkannya baju itu, lalu dipakiekannya pakieannya sŭndiri, sambil dibawanyalah kluar handak disalebkannya akan dia.
Maka apabila marika itu kluar, lalu didapatinya sa’orang orang Siereni yang bŭrnama Simon, maka iya pun dipaksainya mŭmikol kayu saleb itu.
Maka sŭtlah sampie marika itu kapada tŭmpat yang bŭrnama Golgotha, iya itu artinya tŭmpat tŭngkorak.
Maka dibrinyalah akan Isa minom chuka bŭrchampor dŭngan hŭmpŭdu, maka apabila dichobainya, maka tiada iya mahu minom itu.
Maka disalebkannya akan dia, lalu dibahgi ulih marika itu pakieannya dŭngan mŭmbuang undi, supaya gŭnaplah barang yang dikatakan ulih Nabi, Bahwa marika itu tŭlah mŭmbahgi pakieanku diantara marika itu, maka diatas bajuku marika itu mŭmbuang undi.
Maka dudoklah marika itu mŭnunggui akan dia disana.
Lalu dibubohkannya pula ka’atas kapalanya surat tudohan dŭmkian bunyinya, IYA INILAH ISA RAJA ORANG YAHUDI.
Maka ada pula bŭrsama sama dŭngan dia dua orang pŭnyamun disalebkan, sa’orang sŭblah kanannya, sa’orang sŭblah kirinya.
Maka sagala orang yang lalu lalang pun mŭnchŭla akan dia sambil mŭngonchang kapala.
Sŭrta bŭrkata, Hie angkau yang mŭmŭchahkan ka’abah, dan dapat mŭmbangunkan dia dalam tiga hari, lŭpaskanlah dirimu. Jikalau sungguh angkau anak Allah, turonlah deri atas saleb itu.
Maka dŭmkian lagi imam imam yang bŭsar, dan khatib khatib, dan orang tua tua pun, dan orang Farisia mŭngolok olokkan dia, sŭrta bŭrkata,
Iya tŭlah mŭlŭpaskan orang lain, tŭtapi dirinya tiada dapat dilŭpaskannya. Maka jikalau kiranya iya Raja orang Israil, biarlah iya turon deri atas saleb itu, bahrulah kita pŭrchaya akan dia.
Iya tŭlah harap pada Allah, maka biarlah dilŭpaskan Allah akan dia skarang jikalau direlainya akan dia, kŭrna iya tŭlah bŭrkata, Bahwa akulah anak Allah.
Maka pŭnyamun pŭnyamun yang disalebkan sŭrtanya itupun dŭmkian juga mŭnista akan dia.
¶ Maka adalah kira kira deripada pukol dua blas tŭngah hari, maka datanglah gŭlap ka’atas sagala bŭnua itu sampielah kira kira pukol tiga pŭtang.
Maka adalah sŭkira kira jam pukol tiga, lalu bŭrsrulah Isa dŭngan suara yang nyaring, katanya, Elie, Elie, lama sabahthani, iya itu artinya, Allahku, Allahku, mŭngapa angkau tŭlah mŭninggalkan aku?
Adapun sŭparoh orang yang ada disitu, apabila didŭngarnya itu, lalu bŭrkatalah iya, Bahwa iya ini mŭmanggil Ilias.
Maka skutika itu juga larilah sa’orang deripada marika itu, sŭrta mŭngambil satu lumot karang yang diisinya dŭngan chuka, lalu dibubohnya ka’atas sa’batang buloh, maka dibrikannya minom akan dia.
Maka bŭrkata orang lain, Nanti juga supaya kita lihat kalau kalau Ilias datang mŭlŭpaskan dia.
Maka bŭrtriaklah pula Isa dŭngan suara yang nyaring, lalu putuslah nyawanya.
Maka hieran, sŭtlah itu tirie ka’abah itu pun bŭlahlah dua deri atas sampie kŭbawah, maka bumi pun gŭmpalah, dan batu batu pun habislah bŭlah bŭlah.
Dan kubor kubor pun tŭrbukalah, maka bŭbrapa mayat orang orang saleh yang tŭlah mati pun hidoplah.
Maka kluarlah skalian marika itu deri dalam kubornya, iya itu kumdian deripada Isa hidop pula, lalu masoklah marika itu kadalam Bethalmukadis, iya itu klihatan kapada orang banyak.
Maka apabila Pŭnghulu sratus orang, dan orang orang yang sŭrtanya mŭnunggu Isa pun mŭlihat gŭmpah bumi, dan sagala pŭrkara yang tŭlah jadi itu, maka kŭtakotanlah iya sangat, katanya, Bahwa sŭbŭnarnyalah iya ini Anak Allah.
Maka adapun pŭrampuan banyak disana yang mŭlihat deri jauh, yang tŭlah mŭngikot Isa deri Galilia, bŭrkhodmat padanya.
Maka diantara marika itu adalah Mŭriam Magdalini, dan Mŭriam ibu Yakob dan Yuses, dan bonda anak laki laki Zabdi.