Injil Mathius 21:23-32

Injil Mathius 21:23-32 KEAS

¶ Maka sŭtlah iya masok ka’abah, lagi sŭmŭntara iya mŭngajar, lalu datanglah kapadanya imam yang bŭsar bŭsar, dan orang tua tua deripada kaum itu, katanya, Dŭngan kwasa siapa angkau bŭrbuat sagala pŭrkara ini, dan siapa mŭmbri kapadamu kwasa yang dŭmkian? Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Bahwa aku pun handak bŭrtanya juga suatu pŭrkara kapadamu, maka jikalau kiranya angkau dapat mŭnjawab akan dia, maka aku pun bulih mŭngatakan kapadamu, dŭngan kwasa siapa aku bŭrbuat sagala pŭrkara ini. Baptisan Yahya itu deri manakah mulanya, deri langitkah, atau deripada manusiakah? Maka bŭrbicharalah marika itu sama sŭndirinya, katanya, Jikalau kami kata deri langit, nŭschaya dijawabnya, apa sŭbab kamu tiada pŭrchaya akan dia? Maka jikalau kami bŭrkata, deripada manusia, maka takotlah kami akan kaum ini, kŭrna sŭmuanya mŭmbilang Yahya itu nabi. Maka disahut marika itu sŭrta bŭrkata pada Isa, Tiada bulih kami katakan. Maka kata Isa pada marika itu, Aku pun tiada mahu mŭngatakan kapadamu, dŭngan kwasa siapa aku bŭrbuat sagala pŭrkara ini. ¶ Apakah pada sangkamu, ada pada sianu itu dua orang anak laki laki, maka pŭrgilah iya pŭrtama tama kapada sa’orang, katanya, Hie anakku, pŭrgilah angkau bŭkŭrja pada hari ini kakŭbon anggorku. Maka mŭnyahutlah iya sambil bŭrkata, Tiada aku mahu; tŭtapi kumdian mŭnyŭsallah iya lalu pŭrgi. Maka datanglah pula bapanya itu kapada anak yang lain, lalu bŭrkata dŭmkian juga, maka disahutnya, Sahya tuan, tŭtapi tiada iya pŭrgi. Maka siapakah deri antara kaduanya itu yang mŭnurot kahandak bapanya itu? Maka jawab marika itu, Yang pŭrtama tama itu. Maka kata Isa pada marika itu, Bahwasanya aku bŭrkata kapadamu, orang yang mŭmŭgang chukie, dan pŭrampuan sundal pun tŭrdahulu masok kadalam krajaan Allah deri pada kamu. Kŭrna Yahya tŭlah datang kapadamu dŭngan jalan yang bŭnar, maka tiada kamu pŭrchaya akan dia; tŭtapi orang mŭmŭgang chukie dan pŭrampuan sundal sudah pŭrchaya akan dia; tŭtapi sungguh pun kamu tŭlah mŭlihat hal itu, tiada juga kamu bŭrtaubat kumdiannya, supaya kamu pŭrchaya akan dia.