Injil Mathius 18:15-35

Injil Mathius 18:15-35 KEAS

¶ Tambahan pula, jikalau saudaramu ada bŭrsalah padamu, pŭrgilah tŭgor akan dia antara sama sa’orang angkau dŭngan dia, jikalau ditrimanya akan pŭrkataanmu itu, tŭlah angkau bŭrulih kŭmbali akan saudaramu itu. Tŭtapi jikalau tiada iya mahu mŭnrima pŭrkataanmu itu, bawalah sa’orang atau dua orang lagi sŭrtamu, supaya bulih ditŭntukan sagala pŭrkataanmu itu ulih mulot dua tiga orang saksi itu. Dan jikalau ŭnggan iya akan marika itu, brilah tahu pada sidang jŭmaah, maka jikalau iya ŭnggan pula akan sidang jŭmaah, maka handaklah angkau mŭmbilang dia spŭrti orang sŭsat, dan orang yang mŭmŭgang chukie. Maka sasungguhnya aku bŭrkata padamu, barang suatu yang kamu ikat diatas bumi ini, iya itu ada tŭrikat dalam shorga; dan barang suatu yang kamu uriekan diatas bumi ini, maka iya itu pun ada tŭrurie dalam shorga. Lagi pun aku bŭrkata padamu, jikalau kiranya dua orang deripadamu bŭrmufakat sama sama diatas bumi ini, iya itu derihal barang apa yang handak dipintanya, maka iya itu akan dikurniakan bagienya ulih ayahku yang ada dishorga. Kŭrna barang dimana ada dua tiga orang bŭrhimpun deri kŭrna namaku, maka disitulah aku pun ada bŭrsama sama ditŭngah marika itu. ¶ Maka pada tŭtkala itu, datanglah Petros padanya, katanya, Ya Tuhan, brapa kali saudaraku bŭrsalah padaku yang patut kuampuni akan dia, sampia tujoh kalikah? Maka jawab Isa padanya, Bahwa bukannya aku bŭrkata padamu, sampie tujoh kali, mŭlainkan sampie tujoh puloh kali tujoh. Sŭbab itulah krajaan shorga itu diumpamakan dŭngan sa’orang Raja, yang handak mŭnŭntukan kira kira dŭngan orangnya. Adapun tŭtkala bahru dimulainya mŭlihat kira kira, maka dibawa oranglah kapadanya sa’orang yang bŭrhutang wang salaksa tŭlanta. Maka sŭbab tiada padanya pŭmbayar itu, maka disuroh ulih tuannya itu jualkan dia laki bini, anak branak, dan sagala sasuatu harta bŭndanya, akan mŭmbayar hutangnya. Maka mŭnyŭmbahlah orang itu sampie katanah, sambil bŭrkata, Ya tuan, sabarlah, maka hamba nanti mŭmbayar sŭmuanya skali. Maka kasihanlah tuannya akan orang itu, sambil dilŭpaskannya akan dia, lalu dimaafkannyalah hutangnya itu. Hata kluarlah orang itu, lalu bŭrtŭmulah iya dŭngan sa’orang kawannya yang sa’tuan dŭngan dia, yang ada bŭrhutang padanya sratus dinar; maka ditangkapnya akan dia, sŭrta dichŭkekkannya lehirnya, katanya, Bayarlah hutangmu. Maka mŭnyŭmbahlah kawannya itu dikakinya, sŭrta mŭminta padanya, Sabarlah kiranya, maka hamba akan mŭmbayar sŭmuanya. Maka ŭngganlah iya, lalu dibawanya pŭrgi dimasokkannya kadalam pŭnjara, sampie dibayarnya hutangnya itu. Maka apabila dilihat ulih sagala kawan lain yang sa’tuan dŭngan dia itu akan hal yang dŭmkian, maka duka chitalah marika itu sangat, sŭrta pŭrgilah iya skalian pada tuannya mŭmbri tahu akan sagala hal ahwal itu. Sŭtlah sudah dipanggil ulih tuannya itu akan dia, lalu bŭrkata, Hie hamba yang jahat, adapun hutangmu sŭmuanya sudah kumaafkan, sŭbab angkau mŭminta padaku: Maka bukankah patut angkau pun kasihankan kawanmu itu spŭrti aku tŭlah mŭngasihi akan dikau? Maka morkalah tuannya itu, sŭrta disŭrahkannya dia kapada pŭnunggu pŭnjara, sampie dibayarnya hutangnya itu sŭmuanya. Dŭmkianlah juga ayahku pun yang ada dishorga kŭlak buat padamu, jikalau tiada dŭngan sungguh hati kamu mŭngampuni akan sŭsa’orang saudaramu deri pada sagala kasalahannya.