Maka apabila didŭngar ulih Yahya deri dalam pŭnjara, akan sagala pŭrbuatan Almasih, lalu disurohkannyalah dua orang muridnya pŭrgi bŭrtanya kapada Isa:
Bahwa angkaulah dia itu yang akan datang, atau kami nantikankah orang yang lain?
Maka dijawab ulih Isa kapada marika itu, katanya, Bahwa pŭrgilah kamu bri tahu kapada Yahya, derihal barang yang kamu dŭngar, dan yang kamu lihat:
Orang buta tŭlah chŭlek, dan orang tempang bulih bŭrjalan bŭtul, dan orang kusta sudah disuchikan, dan orang tuli bulih mŭnŭngar, dan orang mati tŭlah dihidopkan, dan Injil pun tŭlah dibri tahu kapada orang mŭskin.
Bahwa bŭrbahgialah orang yang tiada shak iya akan daku.
¶ Arkian sŭtlah undorlah orang orang itu, maka dimulai Isa bŭrkata kata pada pŭrhimpunan orang itu akan hal Yahya, Apakah mulanya kamu kluar pŭrgi kahutan mŭmandang, sa’batang bambukah yang digonchangkan ulih angin?
Untah apakah yang kamu tŭlah kluar mŭlihat, bahwa sa’orang manusia yang mŭmakie kain haluskah? Maka sasungguhnya orang yang mŭmakie kain halus itu, ada iya dalam istana raja raja.
Untah apakah yang kamu kluar mŭlihat? Sa’orang nabikah? Maka sasungguhnya aku bŭrkata kapadamu, iya itu tŭrlebih deripada nabi adanya.
Bahwa inilah dia yang tŭlah tŭrsurat, Bahwa sasungguhnya aku mŭnyurohkan surohanku dihadapanmu, maka iyalah nanti sŭdiakan jalanmu dihadapanmu.
Maka sasungguhnya aku bŭrkata kapadamu, bahwa bŭlom pŭrnah jadi deri antara sagala orang yang dipranakkan ulih pŭrampuan, sa’orang jua pun yang tŭrlebih bŭsar deripada Yahya Pŭmbaptisa: tŭtapi barang siapa yang tŭrkŭchil dalam krajaan shorga, maka iya itu tŭrlebih bŭsar pula deripadanya.
Maka deripada zaman Yahya Pŭmbaptisa itu sampie skarang ini, krajaan shorga itu dilanggar, dan orang yang mŭlanggar itu mŭndapat akan dia dŭngan digagahi.
Kŭrna sagala nabi dan tauret pun, tŭlah bŭrnabuat sampie kapada zaman Yahya juga.
Maka jikalau kiranya kamu mahu trima, iya inilah Ilias yang akan datang.
Maka barang siapa yang ada bŭrtlinga, handaklah iya mŭnŭngar.