Injil Lukas 20:1-40

Injil Lukas 20:1-40 KEAS

MAKA pada skali pŭrstua pada suatu hari deripada masa itu, tŭtkala iya mŭngajar akan kaum itu dalam ka’abah, sŭrta mŭngajar Injil, maka datanglah kŭpala kŭpala imam, dan khatib khatib, sŭrta orang tua tua mŭndapatkan dia. Lalu bŭrkata kapadanya, Katakanlah kapada kami, dŭngan kwasa apakah angkau bŭrbuat sagala pŭrkara ini, atau siapakah tŭlah mŭmbri akan dikau kwasa ini? Maka jawabnya sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Aku pun handak bŭrtanya juga kapada kamu suatu pŭrkara, jawablah. Pŭmbaptisan Yahya itu datangnya deripada Allahkah, atau deripada manusia? Maka bŭrfikirlah marika itu sama sŭndirinya, katanya, Jikalau kami kata deripada Allah, nŭschaya katanya, Mŭngapakah kamu tiada pŭrchaya akan dia? Tŭtapi jikalau kami kata deripada manusia, sagala kaum ini nanti mŭrjam akan kami, kŭrna marika itu skalian pŭrchaya Yahya itu sa’orang nabi. Maka jawab marika itu, Tiadalah kami kŭtahui deri manakah datangnya. Maka kata Isa kapada marika itu, Aku pun tiada mahu kata, dŭngan kwasa siapakah aku bŭrbuat sagala pŭrkara ini. Sŭtlah itu maka dimulainyalah bŭrkata kata kapada kaum itu akan pŭrumpamaan ini: Maka adalah sa’orang anu itu mŭmbuat suatu kŭbon anggor, disewakannya kapada orang orang ladang, lalu pŭrgilah iya kanŭgri yang jauh brapa lama. Maka datang musim buah, disurohkannya sa’orang hambanya pŭrgi kapada orang orang ladang itu, supaya marika itu patut mŭmbri buah buah deri pada kŭbon anggor itu, tŭtapi orang orang ladang itu mŭmalu akan dia, sŭrta dihalaukannya dŭngan kosong. Maka kumdian pula disurohkannya sa’orang hambanya yang lain, itu pun dipalunya juga, dan dipŭrbuat ulih marika itu akan dia sampie malulah iya, sŭrta dihalaukannya dŭngan kosongnya. Kumdian pula disurohkannya yang katiga, itu pun dilukakan ulih marika itu akan dia, sŭrta dibuangkannya kluar. Sŭtlah itu maka kata tuan yang ampunya kŭbon anggor itu, Apakah patut kupŭrbuat? Aku akan mŭnyurohkan anakku yang kŭkasih, ŭntah barang kali nanti juga dihormatkan ulih marika itu akan dia, apa bila dilihatnya dia. Tŭtapi apabila dilihat ulih orang orang ladang itu akan dia, maka bŭrfikirlah marika itu sama sŭndirinya, katanya, Inilah warith, marilah kita bunoh akan dia, supaya pusakanya itu jadi kita punya. Maka dŭngan hal yang dŭmkian dibuangkannya akan dia kluar deripada kŭbon anggor itu, lalu dibunohnya akan dia. Maka sŭbab itu apakah dipŭrbuat ulih tuan yang ampunya kŭbon anggor itu akan marika itu? Maka iya kŭlak akan datang mŭmbinasakan akan orang orang ladang itu, dan akan dibrikannya kŭbon anggor itu kapada orang orang yang lain. Maka apabila didŭngar ulih kaum itu, maka katanya, Dijahukan Allah! Maka dilihat ulih Isa akan marika itu, katanya, Kalau bŭgitu apakah ini yang tŭlah tŭrtulis, Adapun batu yang ditolakkan ulih tukang rumah itu, iya itu juga yang tŭlah mŭnjadi kŭpala pŭnjuru rumah. Maka barang siapa yang jatoh ka’atas batu itu, nŭschaya pŭchahlah iya; akan tŭtapi kapada barang siapa yang ditimpah ulih batu itu kŭlah dihanchur lulohkannyalah akan dia. Maka kŭpala kŭpala imam, dan khatib khatib pada masa itu juga mŭnchari jalan handak mŭnaikkan tangan ka’atasnya; maka takotlah marika itu akan kaum itu, kŭrna marika itu mŭndapat kŭnyataannya, adapun iya bŭrkata pŭrumpamaan itu akan mŭnŭmplak marika itu. Maka dijagailah ulih marika itu akan Isa, lalu disurohkannya suloh suloh akan mŭmbuat buat dirinya spŭrti orang orang bŭnar supaya bulih ditangkap ulih marika itu akan pŭrkataannya supaya dŭmkian itu dapat disŭrahkannya akan dia pada kwasa dan pŭrentah raja. Maka ditanya marika itu akan dia, katanya, Guru, bahwa kami kŭtahui pŭrkataanmu dan pŭngŭjaranmu bŭtul adanya, dan tidak pula angkau kŭchualikan barang sa’orang mŭlainkan mŭngajarkan jalan Allah dŭngan sŭbŭnarnya. Adakah patut bagie kami mŭmbayar chukie kapada Kiesar atau tidak? Tŭtapi dikŭtahuinya akan daya upaya marika itu, maka katanya kapadanya, Mŭngapakah kamu mŭnchobai aku. Unjokkanlah padaku satu dinar, siapakah punya gambar, dan tulisan diatasnya itu? Maka jawab marika itu, sŭrta katanya Kiesar. Maka katanya kapada marika itu, Sŭbab itu brikanlah kapada Kiesar, barang yang Kiesar punya, dan kapada Allah barang yang Allah punya. Maka tiadalah dapat ditangkap ulih marika itu akan pŭrkataanya dihadapan kaum itu, sŭrta hieranlah marika itu akan jawabnya, maka tŭrdiamlah marika itu. ¶ Sŭtlah itu datanglah kapadanya orang orang Sadukia anu yang mŭnyangkali akan hari kŭbangkitan, maka marika itu bŭrtanya kapadanya: Katanya, Guru, Musa tŭlah mŭnuliskan kapada kami; jikalau saudara barang siapa mati ada mŭnaroh istri, jika mati itu dŭngan tiada mŭngadakan anak, maka patutlah saudaranya mŭngambil istrinya, dan mŭmbangkitkan bŭnih bagie saudaranya. Maka sŭbab itu adalah orang tujoh bŭrsaudara, maka yang pŭrtama mŭngambil sa’orang istri lalu mati, dŭngan tiada mŭngadakan anak. Maka yang kadua pula mŭmbuat akan istri dia, lalu mati dŭngan tiada mŭngadakan anak. Maka yang katiga pula mŭngambil dia, dan dŭmkian juga yang katujoh pun, maka tiada marika itu mŭninggalkan anak, lalu mati. Maka kumdian deripada skalian maka pŭrampuan itu pun matilah pula. Sŭbab itu dalam hari kŭbangkitan kŭlak, siapakah deripada marika itu ampunya istri akan pŭrampuan itu? kŭrna tujoh orang tŭlah mŭmpŭristrikan dia. Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Adapun anak anak dunia ini kahwen dan mŭmbri kahwen. Tŭtapi marika itu yang kŭlak dibilangkan layak akan mŭndapat akhirat itu, dan kŭbangkitan deripada mati; kahwen pun tidak, dibri kahwen pun tidak. Atau tiada kŭlak marika itu akan mati lagi, kŭrna marika itu sŭtara dŭngan mŭliekat mŭliekat, dan adalah iya itu anak anak Allah, sŭdang jadi anak kŭbangkitan. Adapun orang mati itu akan bŭrbangkit, itu pun tŭlah diunjokkan ulih Musa dalam bŭlukar, apabila bŭrsrulah iya akan Tuhan Allah Ibrahim, dan Allah Isahak, dan Allah Yakob. Kŭrna Tuhan itu bukannya Allah pada yang mati, mŭlainkan pada yang hidop, sŭbab sagala itu hidop kŭrna Tuhan. ¶ Sŭtlah itu khatib khatib anu itu mŭnjawab, katanya, Guru, pŭrkataanmu itu bŭtol. Maka kumdian deripada itu, tiadalah brani marika itu bŭrtanya kapadanya barang sual lagi.