Datanglah yang lain, katanya, Tuan, initah pondmu yang tŭlah kusimpan dalam kain. Kŭrna aku takot akan dikau, sŭbab angkau sa’orang kŭras, angkau mŭngambil yang tiada angkau lŭtakkan, dan mŭnuwie yang tiada angkau mŭnanam. Maka jawab Tuan itu kapadanya, Deripada pŭrkataan yang kluar deri mulotmu itu juga aku handak mŭnghukumkan dikau, hamba jahat; angkau tŭlah mŭngŭtahui aku sa’orang kŭras, mŭngambil yang tiada kulŭtakkan, dan mŭnuwie yang tiada aku mŭnanam. Mŭngapakah tiada angkau tarohkan wangku itu ditŭmpat bŭrbunga, supaya apabila aku datang bulihlah aku mŭndapat wangku sŭndiri itu dŭngan bunganya. Maka katanya kapada orang yang bŭrdiri dŭkat itu, Ambillah deripadanya pond itu, brikanlah kapada orang yang ada sa’puloh pond. Maka kata marika itu kapadanya, Tuan, ada kapadanya sa’puloh pond. Kŭrna aku bŭrkata kapadamu, kapada barang siapa yang ada akan dibri, dan kapada orang yang tiada itu, mŭski pun apa yang ada kapadanya akan diambil deripadanya. Tŭtapi orang orang yang musohku itu yang tiada mahu kuprentahkan akan dia, bawalah kŭmari, bunohlah akan dia dihadapanku.
Baca Injil Lukas 19
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Injil Lukas 19:20-27
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video