Injil Lukas 15:11-31

Injil Lukas 15:11-31 KEAS

¶ Maka katanya, Adalah bagie sa’orang anu itu dua orang anak laki laki. Maka kata anak yang muda itu kapada bapanya, Bapa, brilah akan daku bahgian harta harta yang patut bagieku. Maka dibahgikannyalah kapadanya hartanya. Maka tiada brapa lamanya, kumdian anaknya yank muda itu bŭrkŭmas skalian, lalu bŭrjalanlah iya pŭrgi kapada sa’buah nŭgri yang jauh, maka disana diboruskannya hartanya itu dŭngan hidop yang tiada kŭtahuan. Shahadan apabila sudah diblanjakannya skalian, hata maka dalam nŭgri itu pun bŭrbangkitlah suatu kŭlaparan yang bŭsar, maka iya pun jadilah kŭkorangan. Maka lalu pŭrgilah iya masok kŭrja pada sa’orang nŭgri itu, lalu disurohkan ulih orang itu akan dia pŭrgi kŭladangnya mŭmliharakan babinya. Maka inginlah iya akan mŭngisi protnya dŭngan sŭkam sŭkam yang dimakan ulih babi itu, maka sa’orang pun tiadalah mŭmbri kapadanya. Maka apabila sŭdarlah iya akan dirinya, katanya, Brapa orang upahan bapaku mŭndapat makanan chukop yang bulih dibahginya pula, maka aku ini binasa dŭngan kŭlaparan. Maka aku haudak pŭrgi mŭndapatkan bapaku, maka aku akan bŭrkata kapadanya, Bapa, aku tŭlah bŭrdosa kapada Allah dan kapadamu. Maka tiadalah aku layak dikatakan anakmu; jadikanlah akan daku sa’orang spŭrti orang orang upahanmu. Maka bŭrbangkitlah iya lalu datang kapada bapanya, tŭtapi apabila jauhlah iya lagi, dilihatlah ulih bapanya akan dia, maka kasihanlah iya, lalu larilah iya mŭmŭlok lehirnya, sŭrta dichiumnya akan dia. Maka kata anak itu kapadanya, Bapa, aku tŭlah bŭrdosa kapada Allah, dan pada fihakmu, maka tiadalah lagi aku layak dikatakan anakmu. Tŭtapi kata bapa itu kapada hamba hambanya, Bawalah kluar pakiean yang tŭrutama, pakiekan kapadanya, dan pakiekanlah sa’bŭntok chinchin ditangannya, dan kasut dikakinya. Maka bawalah kŭmari anak lŭmbu yang tŭmbun itu sŭmblihkan, biarlah kami makan dan bŭrsuka sukaan. Kŭrna anakku ini sudah mati, maka iya tŭlah hidop pula, dan sudah hilang, iya tŭlah didapati. Maka marika itu mŭmulailah bŭrsuka suka. Adapun anaknya yang tua itu adalah diladang, maka tŭngah iya datang hampir dŭkat kŭrumah, didŭngarnyalah bunyi bunyian dan mŭnari. Lalu dipanggilnya sa’orang hamba itu, ditanyanya, Apakah artinya pŭrkara pŭrkara ini skalian? Maka katanya kapadanya, Saudaramu itu tŭlah datang, maka bapamu tŭlah mŭnyŭmblih akan anak lŭmbu yang tŭmbun, kŭrna iya tŭlah mŭnyambut akan dia dŭngan slamat dan samporna. Maka marahlah iya, lalu tiada iya mahu masok; maka sŭbab itu kluarlah bapanya itu, lalu dibujoknya masok akan dia. Maka jawabnya sŭrta bŭrkata kapada bapanya, Hie tengoklah, sŭkian banyak tahun aku tŭlah mŭngŭrjakan angkau, maka tiada aku bŭrsalahan pada barang bila hukummu, mŭski pun dŭmkian, bŭlom pŭrnah angkau mŭmbri akan daku sa’ekor anak kambing, supaya bulih aku bŭrsuka suka dŭngan sahabat sahabatku. Tŭtapi sŭrta anakmu itu sudah datang, yang tŭlah mŭmbinasakan hartamu itu kapada pŭrampuan pŭrampuan sundal, angkau tŭlah mŭnyŭmblihkan akan dia anak lŭmbu tŭmbun itu. Maka katanya kapadanya, Anak, angkau ada slamanya dŭngan aku, maka sagala yang ada kapadaku itu angkau punya.