Maka katanya kapada marika itu, Siapakah deripada kamu ada sa’orang sahabat, maka angkau handak pŭrgi kapadanya tŭngah malam, dan bŭrkata kapadanya, sahabat, brilah pinjam akan daku tiga buah roti; Kŭrna sa’orang sahabat dalam pŭrjalannya tŭlah datang kapadaku, maka suatu pun tiada kapadaku handak kuhadapkan kapadanya. Maka orang yang deri dalam akan mŭnjawab, katanya, Janganlah mŭnyusahkan aku, pintu itu sudah tŭrtutop skarang, maka anak anakku pun ada bŭrsama sama aku ditŭmpat tidor, tiadalah bulih aku bangun dan mŭmbri akan dikau. Aku bŭrkata kapadamu, mŭski pun iya tiada bangun mŭmbri akan dia, sŭbab sahabatnya, tŭtapi sŭbab diringek ringeknya, nanti iya bangun mŭmbri akan dia brapa banyak iya mahu. Maka aku bŭrkata kapadamu, pinta, maka kŭlak akan dibri kapadamu; chari, maka angkau akan mŭndapat; kŭtoklah, maka kŭlak akan dibukakan kapadamu. Kŭrna barang siapa yang mŭminta, akan dibrinya; dan orang yang mŭnchari, akan mŭndapat; dan kapada orang yang mŭngŭtok kŭlak akan dibukakan. Jikalau sa’orang anak kŭlak mŭminta roti kapada barang siapa deripada angkau, iya itu sa’orang bapa, ta’kan iya mŭmbri akan dia sa’buah batu? atau jikalau dipintanya sa’ekor ikan, ta’kan dibrinya ganti ikan itu sa’ekor ular?
Baca Injil Lukas 11
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Injil Lukas 11:5-11
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video