Injil Yahya 9:1-41

Injil Yahya 9:1-41 KEAS

BŬRMULA tŭtkala Isa itu lalu, maka dilihatnya sa’orang orang buta deripada mula jadinya. Maka bŭrtanyalah murid muridnya katanya, Guru, siapakah bŭrdosa, orang inikah, atau ibu bapanyakah, sŭbab iya ini dipranakkan buta? Maka sahut Isa, Bukannya orang ini bŭrdosa, dan bukannya ibu bapanya pun, mŭlainkan supaya kŭlak pŭrbuatan Allah itu dinyatakan sŭbabnya. Maka dapat tiada aku mŭngŭrjakan pŭkŭrjaan Allah yang mŭnyurohkan aku, sŭlagi hari siang, maka apabila datang malam kŭlak, pada waktu itu tiadalah bulih sa’orang pun bŭkŭrja. Maka sŭlagi aku ada dalam dunia, bahwa aku mŭnjadi trang dunia. Adapun sŭtlah sudahlah iya bŭrkata dŭmkian, maka bŭrludahlah iya ditanah, lalu dibuatnya lŭmbek dŭngan ludahnya, sŭrta disapukannya mata orang buta itu dŭngan tanah lŭmbek itu: Sŭrta bŭrkata padanya, Pŭrgilah angkau basoh dirimu dalam kolam Siloam, (yang tŭrsalin artinya disuroh) maka sŭbab itu pŭrgilah iya mŭmbasoh dirinya, lalu kŭmbalilah iya dŭngan chŭlek. Sŭbab itu maka kata orang yang sŭkampong dŭngan dia itu, dan orang lain pun yang dahulu tŭlah mŭlihat tŭtkala butanya; maka kata marika itu, Bahwa bukankah iya ini dia orang yang dudok mŭminta sŭdŭkah itu? Maka kata sŭtŭngah orang, Bahwa inilah dia; dan ada orang lain lain pula bŭrkata, Iya itu srupa dŭngan dia; tŭtapi iya sŭndiri bŭrkata, Akulah dia. Maka sŭbab itu bŭrkatalah marika itu padanya, Bagimanakah matamu sudah chŭlek? Maka sahutnya katanya, Ada sa’orang orang yang bŭrnama Isa, maka dibuatnya tanah lŭmbek, disapukannya pada mataku, sŭrta katanya, pŭrgilah angkau kapada kolam Siloam basoh, maka pŭrgilah aku lalu kubasoh, maka aku dapatlah mŭlihat. Kumdian maka kata marika itu padanya, Manakah dia? Maka katanya, Aku tiada tahu itu. ¶ Hata maka dibawa oranglah akan orang yang dahulu buta itu kapada orang orang Farisia. Adapun tŭtkala Isa mŭmbuat tanah lŭmbek dan mŭnchŭlekkan matanya itu, iya itu hari Sabtu. Maka ditanya pula ulih orang orang Farisia skali lagi kapadanya, Bagimana iya bulih mŭlihat; maka katanya pada marika itu, Dibubohnya tanah lŭmbek pada mataku, maka aku basohkan lalu chŭlek. Sŭbab itu bŭrkata sŭtŭngah deripada orang Farisia, Adapun orang itu bukannya deripada Allah, kŭrna iya tiada indahkan hari sabtu. Maka kata pula orang orang lain, Bagimanakah bulih orang bŭrdosa itu mŭmbuat mujizat dŭmkian? Maka jadilah pŭrslisihan diantara marika itu. Hata maka kŭmbalilah pula marika itŭ bŭrkata kapada orang yang tŭlah buta itu, Apakah katamu akan hal orang yang mŭnchŭlekkan matamu itu? Maka jawabnya, Iya itu Nabi. Tŭtapi tiada pŭrchaya orang orang Yahudi deri halnya itu tŭlah buta, skarang tŭlah chŭlek, sahingga dipanggil ulih marika itu ibu bapa orang yang sudah chŭlek itu. Maka ditanya marika itu kapada ibu bapanya, katanya, Iyakah ini anakmu yang kamu kata iya tŭlah dipranakkan dŭngan butanya, skarang bagimanakah iya bulih chŭlek pula? Maka jawab ibu bapa orang itu kapada marika itu, Kami kŭtahui iya itu anak kami, dan iya dipranakkan dŭngan butanya: Tŭtapi bagimanakah halnya iya tŭlah chŭlek ini, tiadalah kami kŭtahui, atau siapakah yang tŭlah mŭnchŭlekkan matanya, tiadalah kami kŭtahui; adapun iya itu sudah sampie umornya, tanyalah akan dia, iya bulih mŭmbri jawab akan hal dirinya. Adapun ibu bapanya mŭngatakan dŭmkian, sŭbab takotnya akan orang orang Yahudi; kŭrna marika itu sudah bŭrfakat, jikalau barang siapa mŭngaku dia Almasih, bahwa orang itu akan dibuangkan deri dalam kŭnisa. Maka itulah sŭbabnya ibu bapanya bŭrkata, Iya sudah sampie umornya, tanyalah akan dia. Maka pada skali lagi dipanggil ulih marika itu akan orang yang tŭlah buta itu, lalu bŭrkata padanya, Pujilah angkau akan Allah, kŭrna kami kŭtahui, bahwa orang itulah orang bŭrdosa. Maka sahutnya, Ŭntah iya bŭrdosakah, atau tidak, sahya tiadalah tahu itu, mŭlainkan yang sahya tahu, dahulu sahya buta, skarang sahya chŭlek. Maka kata marika itu pula padanya, Apakah dibuatnya akan dikau, dan bagimanakah hal dichŭlekkannya matamu itu? Maka disahutnya pada marika itu, Sudahlah sahya katakan itu pada kamu, tŭtapi kamu ta’mahu mŭnŭngar itu, mŭngapa kamu handak mŭnŭngar pula, mahukah kamu pun mŭnjadi umatnya? Lalu ditŭngkinglah ulih marika itu akan dia, sambil bŭrkata, Angkaulah umatnya, tŭtapi kita orang umat Musa adanya. Kami kŭtahui Allah tŭlah bŭrkata kata kapada Musa, tŭtapi orang ini tiadalah kami kŭtahui deri mana datangnya. Maka sahut orang itu, lalu bŭrkata kapada marika itu, Inilah suatu pŭrkara ajaib, kamu tiada tahu deri manakah datangnya, akan tŭtapi iya sudah juga mŭnchŭlekkan mataku. Lagi pun kita tahu, bahwa Allah tiada mŭnŭrima akan doa orang yang bŭrdosa, mŭlainkan jikalau barang siapa yang bŭrbakti kapada Allah, dan bŭrbuat kahandaknya, maka ditrima Allah akan doa orang itu. Bahwa deripada ahwal dunia bŭlom pŭrnah didŭngar sa’orang manusia tŭlah mŭnchŭlekkan mata orang yang dipranakkan dŭngan butanya. Jikalau orang itu bukannya deripada Allah, maka tiadalah iya bulih mŭmbuat barang suatu. Maka sahut marika itu padanya, Adapun angkau ini tŭlah jadi dalam dosa sŭmata mata, maka angkau handak mŭngajar pada kamikah? Lalu ditolakkannya akan dia kluar. Bŭrmula maka tŭrdŭngarlah kapada Isa, bahwa orang buta itu tŭlah ditolakkan ulih orang Yahudi kluar, maka apa bila iya bŭrtŭmu dŭngan dia, lalu bŭrkatalah Isa kapadanya, Adakah angkau pŭrchaya akan Anak Allah itu? Maka mŭnyahutlah iya katanya, Tuhan, siapakah dia supaya aku pŭrchaya akan dia? Maka kata Isa padanya, Angkau sudah mŭlihat akan dia, maka iya itulah yang bŭrkata kata dŭngan dikau. Maka katanya, Tuhan, pŭrchayalah sahya; lalu sujudlah iya mŭnyŭmbah akan dia. ¶ Maka kata Isa, Adapun sŭbab hukum aku sudah masok kŭdalam dunia ini, supaya orang yang buta itu dapat mŭlihat, dan supaya orang yang chŭlek mŭnjadi buta. Maka adalah deripada orang orang Farisia yang bŭsŭrta dŭngan Isa itu, apabila didŭngarnya akan sagala pŭrkataan ini, maka katanya kapadanya, Kami pun butakah? Maka kata Isa pada marika itu, Jikalau kamu buta, maka tiada dosa padamu; tŭtapi skarang kamu bŭrkata, Kita orang chŭlek, maka sŭbab itulah dosa kamu itu tinggal juga adanya.

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan Injil Yahya 9:1-41