Injil Yahya 3:10-21

Injil Yahya 3:10-21 KEAS

Maka kata Isa padanya, Bukankah angkan guru orang Israel, dan tiadakah angkau mŭngtahui akan sagala pŭrkara pŭrkara ini? Bahwa sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu Adapun kami mŭngatakan barang yang kami kŭtahui, dan mŭnjadi saksi deripada barang yang tŭlah kami mŭlihat, tŭtapi tiada kamu mŭnŭrima saksi kami itu. Maka jika aku tŭlah mŭmbri tauh kapadamu derihal pŭrkara pŭrkara dunia ini; tŭtapi tiada juga kamu pŭrchaya; bagimanakah kamu bulih pŭrchaya, jikalau aku katakan padamu pŭrkara pŭrkara shorga itu. Maka sa’orang pun tiada naik kŭshorga, mŭlainkan orang yang tŭlah turon deri shorga, maka iya itu Anak manusialah dia yang ada dishorga. ¶ Shahadan spŭrti ular itu ditinggikan ulih Musa dalam padang blantara; maka dŭmkianlah harus Anak manusia pun ditinggikan. Supaya barang siapa yang pŭrchaya akan dia, iya itu tiada binasa mŭlainkan mŭndapat hidop yang kŭkal juga. ¶ Kŭrna Allah tŭrsangatlah mŭngasihi orang isi dunia ini; sahingga dikurniakannya Anaknya yang tunggal itu, supaya barang siapa yang pŭrchaya akan dia, tiada iya akan binasa, mŭlainkan mŭndapat hidop yang kŭkal. Kŭrna bukannya Allah mŭnyurohkan Anaknya itu masok kŭdalam dunia, supaya mŭnghukumkan orang isi dunia ini, mŭlainkan supaya orang isi dunia ini bŭrulih slamat deri padanya. ¶ Maka orang yang pŭrchaya akan dia itu tŭrlŭpas deripada hukuman, tŭtapi orang yaug tiada pŭrchaya akan dia, maka adalah iya itu sŭrasa dalam hukum, sŭbab iya tiada pŭrchaya akan nama Anak Allah yang tunggal itu. Maka inilah hukuman, trang itu tŭlah datang kŭdalam dunia, tŭtapi manusia itu bŭrsuka suka juga dalam gŭlap tŭrlebih deripada trang itu, kŭrna pŭrbuatannya itu jahat adanya. Kŭrna tiap tiap orang yang bŭrbuat jahat itu bŭnchilah iya akan trang itu, dan tiada iya mahu datang kapada trang, asal jangan kŭjahatannya itu kŭlak ditŭmplakkan. Tŭtapi orang yang bŭrbuat kabŭnaran itu datanglah iya kapada trang, supaya pŭrbuatannya kŭlak dinyatakan; adapun iya itu tŭlah jadi dŭngan kahandak Allah adanya.

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan Injil Yahya 3:10-21