Akan tŭtapi tŭtkala bŭlom kamu mŭngŭnal Allah, kamu tŭlah dipŭrhambakan kapada yang bukannya mŭmpunyai tabiat Allah.
Tŭtapi skarang kumdian deripada kamu tŭlah mŭngŭnal akan Allah, atau tŭrutamalah dikŭnal ulih Allah akan kamu, maka bŭtapakah kamu handak bŭrpaling pula kapada sagala pŭngajaran alif ba ta yang lŭmah dan mŭskin itu, sŭrta handak pŭrhambakan lagi pula dirimu kapadanya?
Bahwa kamu mŭngindahkan hari, dan bulan, dan waktu, dan tahun.
Maka kutakotlah akan hal kamu itu, asal jangan tŭrbuang lŭlahku atas kamu dŭngan sia sia.
Saudara saudaraku, kupintalah kapada kamu, jadilah spŭrti aku, kŭrna aku ini spŭrti kamu adanya; kamu tiada skali kali mŭmbuat susah bagieku.
Maka kamu tŭlah mŭngatahui, bahwa aku mŭngajar Injil pada kamu mula mulanya dŭngan kalŭmahan tubohku,
Dan pŭrchobaanku yang ada dalam tubohku itu tiada kamu kŭjikan, atau mŭnolakkan dia, mŭlainkan kamu tŭlah mŭnŭrima akan daku spŭrti sa’orang mŭliekat Allah, spŭrti Isa Almasih juga.
Manakah bŭrkat yang kamu mŭngatakan itu? Kŭrna aku mŭnjadi saksi, bahwa jikalau dapat kiranya, tŭntu kamu handak mŭnyongkilkan biji matamu sŭndiri itu mŭmbrikan padaku.
Maka deri sŭbab itu, aku mŭnjadi sŭtrumukah, sŭbab aku kata padamu yang bŭnar itu?
Maka marika itu chŭndrong kapada kamu dŭngan rajin, tŭtapi bukan dŭngan baiknya; iya mahu mŭnchŭriekan kamu, supaya kamu chŭndrong kapada dia.
Tŭtapi baik juga mŭnjadi rajin slalu dalam pŭrkara yang baik, bukannya pada waktu aku ada bŭrhadapan dŭngan kamu sahja.
Hie anak anakku yang kugandongkan kabratan akan mŭmpranakkan kamu pula, sahingga Almasih disifatkan dalam kamu;
Maka kahandakku bŭrhadapan dŭngan kamu skarang ini, dan mŭnukarkan pŭrkataanku, kŭrna bimbanglah hatiku sŭbab kamu.
Katakanlah kapadaku, hie orang yang handak ta’lok dibawah hukum tauret itu, tiadakah kamu mŭnŭngar akan pŭrkataan tauret itu?
Kŭrna tŭlah tŭrsurat, Ibrahim itu adalah dua anak laki lakinya, iya itu sa’orang deripada sahya pŭrampuan, dan sa’orang deripada pŭrampuan mŭrdehka.
Tŭtapi anak deripada sahya pŭrampuan itu tŭlah dipranakkan dŭngan pri hawa nafsu, tŭtapi anak deripada pŭrampuan mŭrdehka itu sudah jadi sŭbab pŭrjanjian.
Maka pŭrkara itulah mŭnjadi suatu ibarat, kŭrna iya itu dua pŭrjanjian adanya, maka yang suatu itu asalnya deri bukit Tŭrsina yang mŭmpranakkan pŭrhambaan, iya itulah Hagar.
Adapun Hagar itu ibaratnya bukit Tŭrsina ditanah Arab, maka iya itu stuju dŭngan Jerusalem yang ada skarang ini mŭnjadi hamba sŭrta dŭngan anak anaknya.
Akan tŭtapi Jerusalem yang ada diatas itu mŭrdehka adanya, maka iya itulah bondah kami skalian.
Kŭrna tŭlah tŭrsurat, Bŭrsuka sukaanlah hie pŭrampuan mandol yang tiada branak; bŭrsoraklah sŭrta bŭrsru, hie angkau yang bŭlom kŭna sakit branak, kŭrna yang kosong itulah ada tŭrlebih banyak anak anak deripada yang bŭrswami.
Adapun kami ini skarang hie saudara saudara, spŭrti ka’adaan Isahak, anak anak pŭrjanjian itu.
Adapun spŭrti tŭtkala dahulu itu, yang tŭlah dipranakkan dŭngan hawa nafsu itu, tŭlah mŭngannyayai akan yang tŭlah dipranakkan deri pada Roh itu, maka dŭmkian lagi sampie kapada skarang ini.
Kŭndatilah, apakah pŭrkataan kitab? Buangkanlah sahya pŭrampuan ini bŭsŭrta anaknya, kŭrna anak sahya pŭrampuan itu tiada kŭlak mŭnjadi warith sama dŭngan anak pŭrampuan mŭrdehka itu.
Dŭmkianlah hie saudara saudaraku, bukannya kami anak anak deripada sahya pŭrampuan itu, mŭlainkan anak anak deripada pŭrampuan mŭrdehka itu.