Galatia 4:8-20

Galatia 4:8-20 KEAS

Akan tŭtapi tŭtkala bŭlom kamu mŭngŭnal Allah, kamu tŭlah dipŭrhambakan kapada yang bukannya mŭmpunyai tabiat Allah. Tŭtapi skarang kumdian deripada kamu tŭlah mŭngŭnal akan Allah, atau tŭrutamalah dikŭnal ulih Allah akan kamu, maka bŭtapakah kamu handak bŭrpaling pula kapada sagala pŭngajaran alif ba ta yang lŭmah dan mŭskin itu, sŭrta handak pŭrhambakan lagi pula dirimu kapadanya? Bahwa kamu mŭngindahkan hari, dan bulan, dan waktu, dan tahun. Maka kutakotlah akan hal kamu itu, asal jangan tŭrbuang lŭlahku atas kamu dŭngan sia sia. Saudara saudaraku, kupintalah kapada kamu, jadilah spŭrti aku, kŭrna aku ini spŭrti kamu adanya; kamu tiada skali kali mŭmbuat susah bagieku. Maka kamu tŭlah mŭngatahui, bahwa aku mŭngajar Injil pada kamu mula mulanya dŭngan kalŭmahan tubohku, Dan pŭrchobaanku yang ada dalam tubohku itu tiada kamu kŭjikan, atau mŭnolakkan dia, mŭlainkan kamu tŭlah mŭnŭrima akan daku spŭrti sa’orang mŭliekat Allah, spŭrti Isa Almasih juga. Manakah bŭrkat yang kamu mŭngatakan itu? Kŭrna aku mŭnjadi saksi, bahwa jikalau dapat kiranya, tŭntu kamu handak mŭnyongkilkan biji matamu sŭndiri itu mŭmbrikan padaku. Maka deri sŭbab itu, aku mŭnjadi sŭtrumukah, sŭbab aku kata padamu yang bŭnar itu? Maka marika itu chŭndrong kapada kamu dŭngan rajin, tŭtapi bukan dŭngan baiknya; iya mahu mŭnchŭriekan kamu, supaya kamu chŭndrong kapada dia. Tŭtapi baik juga mŭnjadi rajin slalu dalam pŭrkara yang baik, bukannya pada waktu aku ada bŭrhadapan dŭngan kamu sahja. Hie anak anakku yang kugandongkan kabratan akan mŭmpranakkan kamu pula, sahingga Almasih disifatkan dalam kamu; Maka kahandakku bŭrhadapan dŭngan kamu skarang ini, dan mŭnukarkan pŭrkataanku, kŭrna bimbanglah hatiku sŭbab kamu.

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan Galatia 4:8-20