SŬBARMULA maka bŭrkatalah Agripa kapada Paulus, Angkau bŭrulih izin akan mŭnchŭrtrakan sagala hal ahwalmu. Maka tŭtkala itu Paulus pun mŭngisharatkan dŭngan tangannya, sŭrta mŭnchŭrtrakan derihal ahwalnya. Maka adalah pada pŭrasaan patik, sukalah patik hie raja Agripa, kŭrna pada hari inilah patik akan mŭnchŭrtrakan derihal ahwal patik dihadapan tŭngku derihal sagala pŭngaduan orang Yahudi atas patik. Istimewa pula bahwa ma’lomlah patik, tŭngku tŭlah pahamlah dalam sagala adat dan pŭrsŭlisihan diantara orang Yahudi itu, maka sŭbab itu patik pinta, tŭngku dŭngarlah akan hal patik dŭngan sabar hati tuan. Adapun akan hal patik deri kŭchil, iya itu deri mula mula adalah bŭrsama sama dŭngan kaumku diJerusalem, maka dikŭtahui ulih sagala orang Yahudi akan dia. Marika itu kŭnallah akan patik deri mulanya, jikalau iya mahu mŭnjadi saksi, bahwa patiklah sa’orang Farisia yang mŭnurot mŭzhab agama kami yang turlebih kŭras itu. Maka skarang pun patik dida’wa sŭbab patik harap akan pŭrjanjian yang tŭlah dikurniakan Allah pada nenek moyang kami.
Baca Kesah sagal Rasul 26
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kesah sagal Rasul 26:1-6
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video