Tŭtapi kami tŭlah bŭrlaku dŭngan lŭmah lŭmbut diantara kamu, spŭrti sa’orang pŭngasoh mŭmliharakan anak anaknya. Maka sŭbab kami rindu dŭndam akan kamu; relalah juga kami mŭmbri pada kamu, bukaunya Injil Allah sahja, mŭlainkan jiwa kami sŭndiri, ulih sŭbab kamulah kŭkasih kami. Kŭrna kamu ingatlah juga saudara saudara, akan kŭlŭlahan dan kasusahan kami: kami bŭrlŭlah siang dan malam, sŭbab kami tiada mahu mŭnjadikan diri kami tanggongan pada barang sa’orang juapun diantara kamu, maka kami mŭngajar Injil Allah kapada kamu. Kamu adalah saksi, dan Allah pun bŭrsaksi, bagimana suchi, dan bŭnar, dan dŭngan tiada barang kŭchŭlaan kami, mŭlakukan diri kami diantara kamu yang pŭrchaya. Spŭrti yang tŭlah kamu kŭtahui bagimana kami tŭlah mŭmbri nasihat, dan mŭnghiburkan, dan amanatkan tiap tiap sa’orang deripada kamu, spŭrti klakuan bapa kapada anak anaknya. Supaya kamu dapat mŭnjalankan dŭngan layak bagie Allah yang tŭlah mŭnjŭmpot kamu kapada krajaan dan kamuliannya.
Baca 1 Thessalonika 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 Thessalonika 2:7-12
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video