1
WAHYU 3:20
Alkitab Berita Baik
Dengarlah! Aku berdiri di depan pintu dan mengetuk. Jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke dalam rumahnya lalu makan bersama-sama dia dan dia makan bersama-sama Aku.
Bandingkan
Selidiki WAHYU 3:20
2
WAHYU 3:15-16
Aku mengetahui apa yang kamu lakukan. Aku tahu bahawa kamu tidak sejuk dan tidak panas juga. Alangkah baiknya jika kamu salah satu daripadanya. Tetapi kerana kamu suam-suam kuku, Aku akan meludahkan kamu.
Selidiki WAHYU 3:15-16
3
WAHYU 3:19
Aku menegur dan menghukum orang yang Aku kasihi. Oleh itu kamu harus bersungguh-sungguh, dan juga bertaubat daripada dosa.
Selidiki WAHYU 3:19
4
WAHYU 3:8
Aku mengetahui apa yang kamu lakukan. Aku tahu bahawa kamu tidak seberapa kuat, tetapi kamu telah mengikut ajaran-Ku dan setia kepada-Ku. Aku telah membuka sebuah pintu bagi kamu, yang tidak dapat ditutup oleh sesiapa pun.
Selidiki WAHYU 3:8
5
WAHYU 3:21
Mereka yang menang akan Aku benarkan duduk di takhta-Ku, sebagaimana Aku sendiri sudah menang dan sekarang duduk bersama-sama Bapa-Ku di takhta-Nya.
Selidiki WAHYU 3:21
6
WAHYU 3:17
Kamu berkata, ‘Kami kaya dan serba cukup; kami tidak kekurangan sesuatu pun.’ Tetapi kamu tidak tahu bahawa kamu sangat melarat dan keadaan kamu sangat menyedihkan! Kamu miskin, telanjang, dan buta.
Selidiki WAHYU 3:17
7
WAHYU 3:10
Kerana kamu menurut perintah-Ku supaya tabah ketika menanggung penderitaan, Aku pun akan menyelamatkan kamu daripada masa kesusahan yang akan menimpa seluruh dunia untuk menguji semua orang di bumi.
Selidiki WAHYU 3:10
8
WAHYU 3:11
Aku akan segera datang! Jagalah baik-baik apa yang kamu miliki, supaya tidak seorang pun merampas hadiah kemenangan kamu.
Selidiki WAHYU 3:11
9
WAHYU 3:2
Oleh itu, bangunlah dan perkuatlah apa yang masih ada pada kamu sebelum semuanya mati sama sekali. Hal itu demikian kerana Aku dapati apa yang kamu lakukan masih belum sempurna di sisi Allah-Ku.
Selidiki WAHYU 3:2
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video