Oleh itu, berikanlah kawasan perbukitan itu kepada saya, tanah yang dijanjikan TUHAN kepada saya pada hari saya dan orang yang bersama-sama saya memberikan laporan. Pada masa itu tuan sendiri mendengar bahawa bangsa raksasa yang disebut Enak tinggal di kawasan itu di dalam kota-kota besar yang berkubu. Mungkin TUHAN akan menyertai saya, maka saya akan dapat mengusir mereka sebagaimana yang difirmankan TUHAN.”