1
KEJADIAN 50:20
Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)
Kamu sudah bermuafakat untuk melakukan kejahatan kepadaku, tetapi Allah mengubah kejahatan itu menjadi kebaikan, supaya banyak orang dapat diselamatkan seperti yang terbukti sekarang.
Bandingkan
Selidiki KEJADIAN 50:20
2
KEJADIAN 50:19
Tetapi Yusuf berkata kepada mereka, “Jangan takut, kerana aku tidak dapat bertindak sebagai Allah.
Selidiki KEJADIAN 50:19
3
KEJADIAN 50:21
Jangan khuatir. Aku akan mencukupi keperluan kamu dan anak-anak kamu.” Demikianlah Yusuf menenteramkan hati mereka dengan kata-kata yang ramah, sehingga mereka terharu.
Selidiki KEJADIAN 50:21
4
KEJADIAN 50:17
dia menyuruh kami mengatakan hal ini kepadamu, ‘Ampunkanlah kesalahan yang dahulu dilakukan saudara-saudaramu terhadapmu.’ Oleh itu, sebagai hamba-hamba Allah yang disembah oleh bapa kita, kami mohon, ampunkanlah kesalahan yang sudah kami lakukan.” Yusuf menangis ketika menerima pesan itu.
Selidiki KEJADIAN 50:17
5
KEJADIAN 50:24
Yusuf berkata kepada saudara-saudaranya, “Aku hampir meninggal, tetapi Allah pasti akan menjaga kamu dan memimpin kamu keluar dari negeri ini, ke negeri yang telah dijanjikan-Nya dengan sumpah kepada Abraham, Ishak, dan Yakub.”
Selidiki KEJADIAN 50:24
6
KEJADIAN 50:25
Oleh itu Yusuf menyuruh semua sanak saudaranya bersumpah, katanya, “Berjanjilah kepadaku, bahawa apabila Allah memimpin kamu ke negeri itu, kamu akan membawa jenazahku juga.”
Selidiki KEJADIAN 50:25
7
KEJADIAN 50:26
Kemudian Yusuf meninggal di Mesir ketika dia berusia seratus sepuluh tahun. Mereka mengawet jenazahnya dan meletakkannya di dalam peti jenazah.
Selidiki KEJADIAN 50:26
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video