1
KEJADIAN 22:14
Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)
Abraham menamakan tempat itu “TUHAN Menyediakan Apa Yang Diperlukan.” Sampai sekarang pun orang berkata, “Di atas gunung-Nya TUHAN menyediakan apa yang diperlukan.”
Bandingkan
Selidiki KEJADIAN 22:14
2
KEJADIAN 22:2
Allah berfirman, “Pergilah ke tanah Moria dengan Ishak, anakmu yang tunggal, yang sangat engkau kasihi. Di situ, di sebuah gunung yang akan Kutunjukkan kepadamu, persembahkanlah anakmu sebagai korban untuk menyenangkan hati-Ku.”
Selidiki KEJADIAN 22:2
3
KEJADIAN 22:12
“Jangan sakiti anak itu, jangan lakukan apa-apa terhadapnya,” kata malaikat itu. “Sekarang Aku tahu bahawa engkau menghormati dan mentaati Aku, kerana engkau tidak enggan menyerahkan anakmu yang tunggal kepada-Ku.”
Selidiki KEJADIAN 22:12
4
KEJADIAN 22:8
Abraham menjawab, “Allah sendiri akan menyediakan anak domba itu.” Mereka berdua meneruskan perjalanan.
Selidiki KEJADIAN 22:8
5
KEJADIAN 22:17-18
Aku berjanji akan memberkati engkau dengan berlimpah-limpah dan menjadikan keturunanmu sebanyak bintang di langit serta sebanyak pasir di pantai laut. Keturunanmu akan mengalahkan musuh mereka. Semua bangsa di dunia akan memohon kepada-Ku supaya Aku memberkati mereka sebagaimana Aku telah memberkati keturunanmu, kerana engkau sudah mentaati perintah-Ku.”
Selidiki KEJADIAN 22:17-18
6
KEJADIAN 22:1
Kemudian Allah menguji kesetiaan Abraham. Allah memanggil, “Abraham!” Lalu Abraham menjawab, “Ya, aku mendengar.”
Selidiki KEJADIAN 22:1
7
KEJADIAN 22:11
tetapi dari langit malaikat TUHAN berseru kepadanya, “Abraham, Abraham!” Abraham menjawab, “Ya, Tuhan.”
Selidiki KEJADIAN 22:11
8
KEJADIAN 22:15-16
Sekali lagi, dari langit malaikat TUHAN berseru kepada Abraham, “TUHAN berfirman: Aku bersumpah demi nama-Ku sendiri; kerana engkau sudah melakukan hal ini dan tidak enggan menyerahkan anakmu yang tunggal kepada-Ku
Selidiki KEJADIAN 22:15-16
9
KEJADIAN 22:9
Apabila mereka tiba di tempat yang sudah diberitahukan Allah, Abraham membina sebuah mazbah dan menyusun kayu di atasnya. Lalu dia mengikat anaknya dan membaringkan dia di mazbah, di atas kayu yang disusun.
Selidiki KEJADIAN 22:9
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video