1
Wahyu 8:1
Alkitab Versi Borneo
Apabila Anak Domba memecahkan materai ketujuh, syurga menjadi senyap sunyi kira-kira setengah jam.
Bandingkan
Selidiki Wahyu 8:1
2
Wahyu 8:7
Malaikat pertama meniup sangkakalanya. Hujan batu dan api bercampur darah terus dilemparkan ke bumi. Lalu sepertiga bumi, dan sepertiga pokok serta segala tumbuh-tumbuhan yang hijau hangus dibakar.
Selidiki Wahyu 8:7
3
Wahyu 8:13
Kemudian aku melihat dan mendengar seekor burung helang yang terbang tinggi di tengah langit berseru nyaring, “Sengsara! Sengsara! Sengsaralah sekalian penghuni bumi kerana tiga malaikat lagi yang akan meniup sangkakalanya.”
Selidiki Wahyu 8:13
4
Wahyu 8:8
Kemudian malaikat kedua meniup sangkakalanya. Sesuatu yang kelihatan seperti gunung besar yang menyala dicampakkan ke dalam laut. Sepertiga air laut menjadi darah.
Selidiki Wahyu 8:8
5
Wahyu 8:10-11
Kemudian malaikat ketiga meniup sangkakalanya. Sebuah bintang besar yang menyala-nyala seperti suluh gugur dari langit menimpa sepertiga sungai dan mata air di bumi. (Bintang itu bernama “Apsintus” iaitu “Pahit.”) Sepertiga air menjadi pahit dan ramai orang mati kerana meminumnya.
Selidiki Wahyu 8:10-11
6
Wahyu 8:12
Kemudian malaikat keempat meniup sangkakalanya. Sepertiga matahari, bulan dan bintang terpukul, sehingga tidak dapat bersinar sepertiga waktu. Matahari tidak memancar sepertiga siang, manakala bulan dan bintang tidak bercahaya sepertiga malam.
Selidiki Wahyu 8:12
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video