1
Bilangan 14:9
Alkitab Versi Borneo
Hanya, janganlah derhaka terhadap TUHAN dan janganlah kamu takut kepada rakyat negeri itu, kerana mereka itu betapa mudah kita gempurkan. Pelindung mereka sudah meninggalkan mereka, sedangkan TUHAN menyertai kita. Jadi, jangan takut kepada mereka.”
Bandingkan
Selidiki Bilangan 14:9
2
Bilangan 14:18
‘TUHAN itu panjang sabar dan kasih setia-Nya berlimpah-limpah. Dia mengampunkan kesalahan serta pelanggaran, meski sekali-kali tidak membebaskan orang yang bersalah daripada hukuman, dan membalas kesalahan ayah kepada anak-anaknya, kepada keturunan yang ketiga dan yang keempat.’
Selidiki Bilangan 14:18
3
Bilangan 14:8
Jika TUHAN berkenan kepada kita, tentu Dia akan membawa kita masuk ke negeri itu serta mengurniai kita sebuah negeri yang berlimpah-limpah susu dan madu.
Selidiki Bilangan 14:8
4
Bilangan 14:24
Tetapi hamba-Ku Kaleb, kerana jiwa lain yang ada padanya dan dia mengikut Aku sepenuhnya, maka akan Kubawa dia masuk ke negeri yang telah dimasukinya itu, dan keturunannya akan memilikinya.
Selidiki Bilangan 14:24
5
Bilangan 14:28
Katakanlah kepada mereka, ‘Demi Aku yang hidup, demikianlah firman TUHAN, sesungguhnya seperti yang kamu ucapkan di hadirat-Ku, begitulah akan Kulakukan terhadapmu.
Selidiki Bilangan 14:28
6
Bilangan 14:11
Firman TUHAN kepada Musa, “Berapa lama lagi bangsa ini menista Aku? Berapa lama lagi mereka tidak mahu percaya kepada-Ku, padahal segala tanda ajaib sudah Kulakukan dalam kalangan mereka?
Selidiki Bilangan 14:11
7
Bilangan 14:2
Seluruh orang Israel, iaitu seluruh umat itu, bersungut-sungut terhadap Musa dan Harun lalu berkata kepada mereka, “Kalau sahaja kami mati di Tanah Mesir! Kalau sahaja kami mati di gurun ini!
Selidiki Bilangan 14:2
8
Bilangan 14:6-7
Yosua anak Nun dan Kaleb anak Yefune, yang termasuk antara orang yang mengintip negeri itu, mengoyakkan pakaian mereka sendiri dan berkata kepada seluruh kalangan umat Israel, “Tersangat baiknya negeri yang kami lalui untuk diintai itu.
Selidiki Bilangan 14:6-7
9
Bilangan 14:21-23
Namun demikian, demi Aku yang hidup dan demi kemuliaan TUHAN yang memenuhi seluruh bumi, sesungguhnya semua orang yang telah melihat kemuliaan-Ku dan tanda-tanda ajaib yang Kuadakan di Mesir serta di gurun tetapi masih juga menguji Aku sampai sepuluh kali dan tidak mahu mematuhi-Ku, sekali-kali tidak akan melihat negeri yang Kujanjikan dengan bersumpah kepada nenek moyang mereka! Semua yang menista Aku tidak akan melihat negeri itu.
Selidiki Bilangan 14:21-23
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video