“Sesungguhnya, waktunya akan datang,”
demikianlah firman TUHAN,
“bahawa Aku akan menumbuhkan Tunas yang benar bagi Daud.
Dia akan bertakhta sebagai raja dan bertindak bijaksana.
Dia akan menegakkan keadilan dan perbenaran di negeri ini.
Pada zamannya Yehuda akan diselamatkan dan Israel akan tinggal dengan aman.
Inilah nama yang diberikan orang kepadanya, ‘TUHAN ialah sumber perbenaran kita.’ ”